Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata pengubahsuaian itu perlu dilakukan dalam bajet tahun ini kerana berlaku banyak perubahan sejak ia dibentangkan Oktober lalu.
"Ini bagi memastikan bahawa ia tepat, realisitik dan sesuai dengan keadaan ekonomi yang sedang kita hadapi," katanya ketika berucap pada perhimpunan khas dengan warga Kementerian Kewangan di sini, pagi Jumaat.
Najib bagaimanapun tidak menetapkan tarikh khusus pengubahsuaian tersebut akan dibentangkan tetapi menunjukkan bahawa ia akan dilakukan tidak lama lagi.
Najib memberi jaminan walaupun pengubahsuaian Bajet 2016 perlu dilakukan, kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan