Rabu, 20 Januari 2016

1MDB: Tiada jaminan laporan PAC siap Mac

 
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi akan dipanggil beri keterangan kepada PAC


hasan arifin


KUALA LUMPUR: Tiada jaminan laporan siasatan Jawatankuasa Akaun Kira-Kira Awam (PAC) berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) siap Mac tahun ini, kata Pengerusi PAC, Hasan Arifin.

Terlajak itu lantaran prosiding tidak dapat diselesaikan ketika ini kerana mereka mahu memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahrol Halmi dan bekas Pengerusi, Mohd Bakke Salleh untuk beri keterangan.

Beliau menambah Shahrol dan Bakke merupakan individu terakhir yang akan dipanggil untuk membantu siasatan PAC. Shahrol telah memberi keterangan kepada PAC tahun lepas.

Hassan bagaimanapun tidak dapat memberikan tarikh Shahrol akan dipanggil.

Ketika ditanya mengapa Bakke perlu dipanggil walhal beliau baru sahaja menjadi pengerusi 1MDB dua bulan lalu, Hasan menjelaskan PAC mahu memperoleh seberapa banyak maklumat yang mungkin.

“Saya jangkakan kita akan dapat selesaikan prosiding hari ini dan menghasilkan laporan dengan kadar segera tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diteliti dan kita akan memanggil Shahrol dan Bakke semula bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Oleh kerana prosiding diteruskan, saya bimbang kita tidak dapat selesaikan siasatan ini menjelang Mac.
“Namun begitu, kita akan lakukan sehabis baik menyiapkan semuanya pada Mac,” kata Hasan pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Pengerusi 1MDB Lodin Wok Kamaruddin beri keterangan kepada PAC buat kali kedua dan melahirkan keyakinan siasatan keatas syarikat itu menghampiri penutupan.

Tiada ulasan: