Oleh M. JASNI MAJED
KAWASAN Baling di Kedah sudah mengalami banjir. Semasa rencana ini ditulis, sudah ramai yang berpindah ke tempat-tempat selamat. Ini bermakna selepas saja ‘musim’ jerebu’ sudah ada beberapa tempat yang mengalami banjir termasuk banjir kilat.
Dua bahaya banjir yang agak ketara adalah dari segi keselamatan dan kesihatan. Ini bermakna banjir bukan sahaja tidak selamat kepada kanak-kanak malah kepada orang dewasa. Banyak kes di mana orang dewasa dan golongan remaja dihanyutkan arus banjir. Ada yang sedang menyelamatkan diri tetapi bot tenggelam kemudian penumpangnya dihanyutkan arus.
Dalam pada itu, kesan banjir dari segi kesihatan adalah pelbagai penyakit boleh merebak menerusi banjir terutamanya taun dan demam kepialu. Kerana itulah, selepas banjir surut, mangsa dinasihati membersihkan segera rumah dan kawasan persekitaran. Tidak cukup dengan itu, para sukarelawan turun padang membantu pembersihan.
Boleh
dikatakan kesemua negeri di negara ini mempunyai pengalaman banjir
tersendiri walaupun tidak semua penduduknya terbabit. Musim tengkujuh
sudah bermula sekarang. Oleh itu, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Hujan lebat dan berpanjangan boleh berlaku. Tempat-tempat yang berisiko
tinggi berlaku banjir mesti diberi perhatian oleh penduduk dan pihak
berkuasa berkaitan banjir.
Contohnya, kewaspadaan untuk berpindah, arahan untuk berpindah dan kesediaan untuk berpindah mesti diberi penekanan. Petugas-petugas banjir pula mestilah bersedia menghadapi arahan untuk membantu mangsa banjir dalam segenap aspek, sama ada dari segi keselamatan, kebajikan dan pengawasan tahap kesihatan mangsa.
Pendedahan tentang bahaya banjir mesti ditekankan kepada setiap penduduk yang sering terlibat dengan bencana banjir. Menerusi media massa, iklan mesti disiarkan lebih kerap dengan harapan masyarakat mengetahui dan memahami bahaya banjir dan kaedah untuk menghadapi masalah ketika banjir.
Ibu bapa memainkan peranan memastikan anak-anak mereka tidak menjadi golongan yang ‘galak’ dan menjadikan banjir sebagai pesta main air. Oleh sebab kebanyakan anak-anak sangat suka akan air, mereka seolah-olah tidak memahami risiko atau bahaya yang menanti jika mereka menjadikan banjir sebagai tempat untuk bersuka ria, berlari dan meredah air ke sana ke mari.
Di sinilah letaknya peranan ibu bapa mengawasi anak-anak mereka supaya tidak terbabit dengan kejadian tidak diingini seperti dibawa arus dan lemas sepanjang musim banjir. Malah, nasihat dan tunjuk ajar menghadapi suasana banjir mesti ditekankan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka pada musim banjir.
Kerajaan pula sudah bersiap dengan kemungkinan banjir dalam pelbagai aspek termasuk petugas-petugas keselamatan, tempat perpindahan, penyelenggaraan bantuan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya.
Petugas-petugas banjir diberi latihan agar tidak menghadapi banyak masalah sekiranya berlaku banjir seperti tahun-tahun lepas. Angkatan Tentera Malaysia sudah menyediakan 1,000 anggotanya untuk menghadapi banjir kali ini.
Kita amat berharap kejadian banjir yang pernah berlaku menjadi teladan kepada mangsa, petugas-petugas banjir, malah orang ramai yang memahami tentang banjir walaupun tidak pernah mengalaminya. Banjir yang melanda Johor pada 2007 dan 2008 menyebabkan beberapa bandar dan pekan di negeri itu lumpuh sama sekali.
Kerosakan harta benda sangat tinggi nilainya. Sementara itu, banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang 2014 menyaksikan kesan yang amat serius sehingga cuti sekolah dilanjutkan seminggu pada sesi persekolahan 2015.
Apa-apa pun kita pasti pemantauan secara berterusan selepas kejadian-kejadian banjir sebelum ini dilakukan untuk mengurangkan risiko kesan banjir. Penebangan hutan secara berleluasa tentu sudah dipantau oleh pihak berwajib. Proses pedalaman parit, sungai dan terusan untuk memastikan air berjalan dengan lancar mesti dilakukan sejak awal-awal lagi supaya air tidak bertakung dan memburukkan keadaan.
Di bandar-bandar dan di pekan-pekan, segala jenis longkang mesti dipantau supaya tidak terdapat sampah yang menyekat aliran air. Petugas pihak berkuasa tempatan mesti memainkan peranan yang lebih efisien dalam menangani masalah ini supaya kejadian banjir tidak berlaku dengan lebih serius.
Kita tentunya kesal dan sedih apabila punca banjir itu adalah disebabkan kecuaian manusia. Membiarkan sampah berlonggok di dalam longkang, sistem perparitan yang tidak sempurna dan pembangunan yang tidak terancang di sesuatu tempat tidak sesuai lagi dijadikan alasan punca banjir kerana alasan-alasan seperti itu sudah kerap kita dengar dan sebenarnya boleh dielakkan.
Apa-apa pun, kita mesti memahami bahawa musim tengkujuh adalah sinonim dengan banjir. Semua pihak yang terbabit mesti mengambil langkah proaktif untuk memastikan kesan banjir dapat diminimumkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan