Selasa, 17 November 2015

Hooray, Kalah 6-0 Saja!



Oleh A Kadir Jasin


SELEPAS kena sebiji dengan “Saja saja”, izinkan saya bercakap sikit berkenaan bola. Bukan bola “Man U”, tapi bola Harimau Malaya. Alhamdulillah, pasukan bola kebangsaan Malaysia kalah 6-0 kepada Palestin dalam pertandingan pusingan awal Piala Dunia 2018.

Piala Dunia: Bola kita standard estet
Syukur mereka tidak kalah 10-0 macam kepada Amiriah Arab Bersatu September lalu.
Dalam pusingan pertama dengan Palestin di Stadium Kebangsaan Jun lalu, mereka kalah 6-0 juga.
Kesimpulannya mutu bola sepak kita kekal – tak jatuh dan tak naik.
Syabas pemain, jurulatih, pegawai, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Menteri Belia dan Sukan, (Encik) Khairy Jamaluddin.
Cadangan Saya
1.  Bubarkan pasukan bola kebangsaan dan FAM.
2. Kalau tak mahu bubar (takut hilang peruntukan dan peluang merayau ke luar negara) sila jangan malukan sang harimau. Tolong gugurkan pelekat “Harimau Malaya”.

3. Kalau nak guna juga nama harimau, tolong tukar kepada “Harimau Sarkas”.

Adoi, apa punya harimau laaa.....?
 4. Kalau tak mahu bubar dan nak juga guna label “Harimau Malaya”, tolong jangan ambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa selama lima hingga 10 tahun.
5. Dalam tempoh 5-10 tahun itu bina pasukan baru dan ganti FAM dengan satu struktur baru yang egalitarian.
6. Dalam tempoh itu juga adakan pertandingan persahabatan dengan pasukan-pasukan negeri, estet dan Felda serta negara-negara jiran. (Zaman saya remaja pada tahun 1960-an pasukan bola Harvard Estate di Gurun, Kedah, sangat terkenal. Geng tendang betis kering).
7. Lantik menteri sukan yang lebih berinspirasi dan mampu menaikkan semangat serta aspirasi pemain dan pegawai.

Sabun Mandi Jenama Popinjay
 8. Kalau semua ini tidak mahu dibuat atau tidak mampu dibuat, sila maklumkan saya. Saya akan dermakan beberapa tong sabun mandi “Popinjay”. Pandai-pandailah manfaatkan.
Wallahuaklam. http://kadirjasin.blogspot.my

Tiada ulasan: