Oleh Christopher Fernandez
Permainan ‘kerusi muzik’ oleh Najib Razak diteruskan dengan barisan Kabinet baru, dengan Muhyiddin Yassin dan nama-nama lain yang pernah menyuarakan kebimbangan ke atas isu 1MDB digugurkan, untuk memberi laluan kepada mereka yang dilihat sebagai penyokong perdana menteri.
Penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan timbalan perdana menteri bukanlah satu kejutan kerana ia “hanya menunggu masa untuk terjadi”.
Dan hakikat bahawa beliau bukan lagi timbalan perdana menteri Malaysia menunjukkan cara Najib yang berani dan ‘tebal muka’ dalam menutup mulut pengkritik dan seteru yang dilihat tidak menyebelahinya.
Muhyiddin
dan individu lain yang digugurkan dilihat sebagai “orang yang
berlagak” yang mula mensabotaj Najib melalui isu 1MDB di mana RM42
bilion dipercayai telah hilang.
Apabila
Dr Mahathir Mohamad mengkritik Najib, Muhyiddin pantas berpihak kepada
bekas perdana menteri itu, dan menyebabkan Najib mula memantau
timbalannya.
Najib mula khuatir
apabila Muhyiddin menunjukkan sokongan kepada Mahathir dengan berkata
“anda tidak keseorangan”. Ia memulakan pengakhirannya sebagai timbalan
perdana menteri negara.
Tetapi
apa yang benar-benar dapat diukur daripada rombakan ini adalah Najib
memenuhkan Kabinet dengan “tukang-tukang angguk” – mereka yang akan
mempertahankannya daripada apa sahaja. Ia juga menunjukkan Najib tetap
mahu melawan unsur-unsur yang mahu menjatuhkannya.
Tidak
dapat disangkal lagi bahawa populariti Najib telah merosot teruk, dan
rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang kecewa dengan
kemerosotan ringgit, kenaikan harga barang dan malah perubahan cuaca di
sini.
Justeru dalam krisis keyakinan
ini, Najib amat memerlukan aggota Kabinet untuk mempertahankannya.
Rakyat Malaysia menyalahkan Najib atas semua masalah yang menimpa negara
ini, dan beliau pula dalam masa beberapa tahun ini hanya menghabiskan
masa menangkis tuduhan dan serangan terhadapnya dan isteri, Rosmah
Mansor.
Maka sokongan penuh Kabinet
amat penting baginya untuk kekal berkuasa. Akan tetapi pada masa sama,
semakin ramai rakyat yang tidak lagi menyokongnya dan BN dan berharap
kemunculan gabungan pembangkang baru untuk melawan mereka dan seterusnya
mengambil alih pentadbiran negara.
Namun
Najib kekal berwaspada dan kini kelihatan memiliki kawalan penuh ke
atas mekanisme kuasa dan autoriti dalam negara ini, sehingga kian sukar
bagi sesiapa dan mana-mana pihak di Malaysia atau luar negara untuk
menyingkirkannya.- bm.theantdaily.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan