Sabtu, 1 Ogos 2015

Beban tugas guru akan dikaji semula

 
Kajian semula itu melibatkan bebanan di luar tugas sebenar seorang guru.


mahadzir-cikgu


PETALING JAYA: Bebanan kerja yang ditanggung guru-guru di seluruh negara akan dikaji semula, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan guru-guru tidak terlalu dibebani tugas yang bukan tugas hakiki seorang warga pendidik.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis meraikannya yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan di Kuala Nerang, Kedah, pada Jumaat.

“Saya menerima banyak runggutan daripada kawan-kawan mengenai perkara ini. Saya rasa perkara ini perlu kajian untuk mengenal pasti permasalahan sebenar.

“Kita akan semak jenis bebanan dan peratusannya. Tapi ia hanya melibatkan bebanan luar bidang tugas sebenar seorang guru,” katanya.

Mahdzir berkata, dasar pendidikan negara tidak akan dikaji semula kerana dasar yang sedia ada sesuai dan relevan dengan perkembangan semasa.

Tiada ulasan: