KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.8 juta permohonan kad kredit diterima institusi kewangan negara tahun lalu.
Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Chua Tee Yong berkata, daripada jumlah itu hanya 1.2 juta permohonan diluluskan.
Menurutnya, langkah itu diambil Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengawal penggunaan kad kredit khususnya golongan muda.
“Kad kredit ini umpama pisau, jika diguna dengan baik akan beri manfaat tetapi jika di salah guna akan membahayakan,” katanya pada Dewan Negara ketika menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin.
Chiang Chin meminta penjelasan menteri apakah tindakan kerajaan bagi mengetatkan syarat pengeluaran kad kredit khususnya pada graduan yang baru bekerja.
Menurut Tee Yong, kerajaan melalui BNM telah mengetatkan syarat pengeluaran kad kredit dengan menaikkan syarat minimum daripada RM18,000 setahun kepada RM24,000.
“Pemegang kad kredit yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang hanya boleh memiliki kad kredit dari dua pengeluar sahaja serta had maksimum kredit tidak melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad.
“Pengeluar kad kredit perlu mengambil kira potongan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan cukai pendapatan serta obligasi pembayaran balik hutang semasa, sebelum meluluskan sebarang permohonan kad kredit," katanya.
Jelasnya, BNM juga memberikan tekanan terhadap pendidikan kepada pengguna kad kredit secara berhemah melalui web Bankinginfo dan buku kecil maklumat
Tee Yong berkata, sejak Januari 2011 hingga Mei 2015 seramai 732,051 telah menghadiri program kewangan di bawah anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Menurutnya, daripada data Jabatan Insolvensi sebab utama kebankrapan bukanlah disebabkan kad kredit sebaliknya kegagalan menjelaskan bayaran sewa beli kenderaan dan pinjaman perumahan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan