BERITA SEMASA
Berita Wall Street Journal Fitnah Najib Razak Skandal RM2.6 Bilion? Perdana Menteri Saman WSJ?
Jahat sungguh laporan berita Wall Street
Journal, akhbar kafir yang dicopkan oleh beberapa kumpulan lantas
dakwaan yang dilemparkan kepada Perdan Menteri sebagai berniat jahat
kerana tergamaknya fitnah Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri
Malaysia yang dikatakan menerima duit sejumlah RM2.6 bilion terus ke
akaun peribadi Najib Razak.
Begitulah antara butiran dakwaan laporan
Berita Wall Street Journal, sebuah akhbar berpengaruh di dunia yang
memfokuskan kepada laporan berita pernigaan dan berita ekonomi.
Yang menarik selepas sahaja laporan
berita Wall Street Journal ini mendedahkan tuduhan terbaru ke atas Najib
ini, ada yang mengatakan :
KLIK SINI : Skim Cepat Kaya Versi VVIP di Malaysia Disebalik Skandal 1MDB :
Peluang Kaut Untung Besar US$500 Juta Dalam Tempoh 18 Bulan! PM Mohon Jawab!
- ini adalah konpirasi jaringan media Yahudi, kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Umno Mohd Razlan Muhammad Rafii
- Dicadangkan agar Datuk Seri Najib Razak berundur buat sementara waktu sementara siasatan sedang dijalankan ke atasnya, kata Tan Sri Rahim Tamby Chik
- Tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri tidak logik, Datuk Dr. Haron Din
- PM perlu beri penjelasan yang meyakinkan dan saman Wall Street Journal, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tetapi Wall Street Journal dilihat tidak
peduli dengan tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan kepada laporan
berita mereka dan terus tetap dan yakin pendedahan dan berita terkini
melibatkan skandal terbaru melibatkan 1MDB apabila sejumlah duit masuk
ke dalam akaun peribadi Najib Razak katanya.
Terbaru semakan Berita Semasa
menunjukkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman pun dilihat
sudah “give up” dengan cara Datuk Seri Najib Razak menangani tuduhan
yang dilemparkan kepadanya. Kata-kata Tan Sri Abu Talib Othman cukup
menarik perhatian Berita Semasa apabila mengatakan :
Berita Wall Street Journal Fitnah Najib Razak Skandal RM2.6 Bilion : Respon Bekas Peguam Negara?
- Bukannya susah sangat
- Katakan sahaja ada atau tidak?
- Kalau ada, ada duit masuk atau tidak? Apa susah sangat?
- Mahu bincang dengan kumpulan peguam samada mahu saman atau tidaklah
- Bla…..bla……bla…..bala…..
Harapan Berita Semasa jangan biarkan
drama, hanky panky dibiarkan tergantung terlalu lama. Jikalau terlalu
lama tergantung tanpa dijawab persoalan yang berbangkit, jangan salahkan
rakyat Malaysia persepsi demi persepsi terus bertambah menyelubungi
pemikiran mereka. Usah berdolak dalih lagi. Rakyat Malaysia terus
memerhatikan apa tindakan seterusnya dari Datuk Seri Najib Razak
berhadapan tuduhan yang cukup berat kali ini…..
P/S : Jangan lupa sempena Hari Raya
Aidilfitri ini adalah medan seluruh ahli, sanak saudara, adik beradik
dan kenalan lama berkumpul samada orang islam atau bukan Islam di rumah
terbuka contohnya. Pastinya topik berkenaan isu semasa isu ekonomi
Malaysia, kos sara hidup akan menjadi topik perbualan hangat kali ini….
PP/S : Saman jangan tidak saman. Nama
Malaysia terus menghiasi akhbar-akhbar utama dunia melibatkan skandal
demi skandal yang tidak berpenghujung ini. Berita Semasa hanya akan
percaya apabila terbitnya berita Najib SAMAN WSJ. Tetapi, kalau ayat
Najib AKAN atau NAK saman AWSJ, ini susah sikit. Tidak cukup untuk
tuduhan seberat ini hanya bising-bising cakap tuduhan tidak berasas,
tiada bukti, bla…bla…..bla….bala
PPP/S : Jikalau betul mereka buat
tuduhan palsu tiada bukti, lagilah senang untuk menang saman. JADI SAMAN
TERUS berita Wall Street Journal ini…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan