JOHOR BAHRU, Kira-kira 650,000 pengguna air di Johor mungkin akan berdepan dengan krisis air di mana dua empangan utama di negeri ini menunjukkan penurunan air melepasi paras kritikal.


Bekalan air berjadual mungkin akan dibuat bermula bulan hadapan (Ogos) dalam usaha untuk meminimumkan penggunaan air di empangan Sungai Lebam dan Layang.

Turut difahamkan, tindakan itu merupakan pilihan terakhir untuk badan mengawal selia air (Bakaj) dan juga Syarikat Air Johor Berhad (SAJ Holdings) Sdn Bhd untuk mengawal paras air.

Pengguna komersial dan individu akan terjejas disebabkan tindakan itu.

Ketua Komunikasi Korporat Jamaluddin Jamil apabila dihubungi, mengesahkan tindakan bekalan air berjadual merupakan tindakan terakhir untuk mereka.

“Sudah pasti ini akan bergantung kepada situasi dua empangan yang berdepan paras kritikal,” katanya kepada The Rakyat Post.

Jamaluddin berkata, penggunga air bahawa SAJ Holdings akan memberi masa yang cukup untuk mereka sebelum memulakan bekalan air berjadual, yang berbeza daripada catuan air.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai mesej yang disebarkan melalui sistem WhatsApp yang mendakwa syarikat air akan memulakan bekalan air berjadual pada 8 Ogos.

“Kami telah meyiasat mesej berkenaan dan mendapati ia palsu,” kata Jamaluddin dan menambah syarikat pengurusan air itu merupakan badan yang bertanggungjawab yang mempunyai prosedur operasi untuk menyebarkan maklumat.

Untuk negeri Johor, ia akan menurut latihan penjadualan air sebelum ini, sistem yang akan digunakan adalah 2-1-2 hari.

Ini bermakna, bekalan air secara berterusan selama dua hari diikuti dengan gangguan bekalan, pada hari ketiga.

Kemudian bekalan air akan diteruskan lagi dua hari selepas itu sebelum proses berulang semula. Pada hari-hari berkenaan, tiada bekalan air di mana gangguan selama 24 jam, antara 9 pagi hingga 9 pagi esoknya.

Buat masa ini, dua empangan berkenaan membekalkan air kepada 650,000, terutama untuk penduduk di daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi, mengalami paras kritikal.

Johor mempunyai 14 empangan yang menyalurkan air tidak dirawat sebelum dibekalkan kepada pengguna. Sebahagian bekalan air dibekalkan kepada Singapura di selatan dan Melaka di utara.

Apabila ditanya kemungkinan empangan akan ditutup, Jamaluddin berkata empangan dan loji rawatan air akan ditutup walapun paras air turun.

“Tidak mungkin kami akan menutup pengeluaran air. Ia masih diteruskan walaupun dengan jumlah yang kecil.

“Kami masih boleh mendapatkan air tidak terawat dari sumber lain dan sekiranya penjadualan bekalan air diperkenalkan, ia akan dapat mengurangkan beban dua empangan dan menaikkan paras air,” katanya.

Jamaluddin berkata SAJ Holdings tidak sabar-sabar menunggu jawapan dari pihak berkuasa Singapura atas kebenaran untuk menggunakan ruang udara mereka bagi melakukan aktiviti pembenihan awan.

Beliau berkata, pembenihan awan masih lagi pilihan terbaik untuk membekalkan air ke empangan kerana hujan disasarkan di kawasan tadahan.

Pada Isnin, pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Hasni Mohamad dilaporkan berkata, pembenihan awan merupakan cara terbaik untuk mengekalkan paras air di kedua-dua empangan di Sungai Lebam dan Sungai Layang.

Hasni merupakan tunggak utama dalam menangani masalah air di Johor sejak beberapa tahun dan mahu kerajaan Johor membina beberapa empangan baharu atau tadahan air untuk kepeluan masa hadapan.