KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke
Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam bagi menerima rawatan
fisioterapi akibat sakit di bahagian bahu, kata Fahmi Fadzil.
Pengarah komunikasi PKR itu berkata, tekanan darah Anwar juga akan
dipantau, dan imbasan CT akan dibuat ke atas buah pinggang beliau.
Katanya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dibenarkan bertemu suaminya petang tadi.
"Difahamkan beliau ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL
untuk beberapa hari," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Ini merupakan kali kedua Anwar dimasukkan ke HKL selepas Mei lalu
ekoran tahap kesihatan yang semakin merosot sejak menjalani hukuman
penjara di Sungai Buloh pada Februari lalu.
Ketua Penerangan PKR Datuk Johari Abdul dilaporkan berkata, Anwar
mengalami tekanan darah tidak menentu, selain ada simptom najis berdarah
dan hilang berat badan kira-kira 6kg.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan