Hutang Kerajaan Malaysia Sehingga
Disember 2014 (RM763.158 Bilion). Ringgit Malaysia Terus Jatuh Teruk
(US$1=RM3.42) : Jikalau sesiapa yang ada beli barang di Siam, peniaga
Siam pun sudah tidak mahu menerima duit Ringgit Malaysia (RM). Masakan
tidak, jikalau dahulu Ringgit Malaysia dilihat “lebih mewah” di mata
peniaga Siam. Sekarang ini tidak lagi….
Ini kerana nilai matawang Baht lebih
tinggi daripada Ringgit Malaysia (RM). Jikalau bekeras juga mahu
membayar dalam RM, harga barang yang dijual terpaksa dinaikkan sedikit
nilainya bagi mengimbangi kadar tukaran asing kepada mereka.
Nilai matawang Asia termasuklah di negara Malaysia terus menjunam untuk bulan yang ketiga.Kajian yang dilakukan oleh Merrill
Lynch, Bank of Amerika melalui pakar ekonomi mereka, Dr. Chua Hak Bin
yang berpengkalan di negara Singapura memberitahu disebalik trend harga
minyak dunia turun sekarang ini, negara seperti Korea Selatan, Thailand
begitu juga dengan negara Filipina cukup beruntung apabila perkembangan
ekonomi di negara-negara ini cukup memberangsangkan.
KLIK SINI : Harga Minyak Malaysia (Rm2.30) Antara Terendah di Asia Tenggara.
Indonesia, Singapura, China, Filipina, Vietnam, Thailand Pun Kalah Dengan Malaysia? Brunei Termurah!
Harga Minyak Dunia Jatuh : Malaysia VS Filipina VS Korea Selatan VS Singapura
Lagi Hasil Laporan Bank Of America
- Harga minyak dunia turun 10% contohnya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara Thailand dan Korea Selatan telah naik 45 mata asas
- Harga minyak dunia turun 10% contohnya, Filipina pula berjaya mencatatkan kenaikan 30 mata asas
Ekonomi Korea Selatan akan catat kadar kenaikan terpantas sejak tahun 2011 iaitu 3.5% (2014) dan 3.6% (2015)- KDNK Thailand dijangka naik 4% pada tahun 2015
- Malaysia? Malaysia yang memegang status sebagai negara pengeksport minyak merupakan satu-satunya negara membangun di Asia dan negara di Asia Tenggara yang paling terjejas teruk disebalik harga minyak dunia turun
Di bawah ini Berita Semasa telah
sertakan sebagai rujukan untuk anda bagi tukaran matawang asing
melibatkan kadar tukaran matawang asing bagi negara Singapura, Thaialnd,
Filipina, Vietnam dan Korea Selatan.
KLIK setiap gambar di atas : Paparan tukaran matawang asing
Mengapa negara seperti Thailand, Korea Selatan dan Filipina yang beruntung disebalik harga minyak dunia turun?
Banyak negara-negara di Asia yang
merupakan pengimport bersih minyak pada skala yang besar. Sudah pastinya
harga minyak dunia turun memberikan manfaat yang cukup besar untuk
negara mereka.
Berdasarkan semakan Berita Semasa kadar
tukaran asing matawang Malaysia kepada USD begitu membimbangkan. Ini
kerana dalam tempoh sekitar 4 tahun terakhir kadar tukarang matawang
ringgit Malaysia telah mencatat trend penurunan terbesar sejak 15
Februari 2010.
Ini semua ada kaitan dengan pendapatan
minyak yang semakin berkurang semenjak penurunan harga minyak dunia yang
begitu mendadak sehingga telah mencecah ke paras trendah US$70 setong
sekaligus kebolehmampuan kerajaan Malaysia mengurangkan hutang negara
yang terus melonjak tinggi sekarang ini menyebabkan kebimbangan yang
berterusan terhadap pasaran sediaada.
Keputusan OPEC yang terus berdegil untuk
mengurangkan bekalan minyak mentah dunia menyebabkan kerajaan Malaysia
di bawah pimpinan kerajaan Malaysia “pening kepala” sekarang ini.
P/S : Nasihat Berita Semasa kepada diri kami sendiri dan juga anda semua rakyat Malaysia “sediakan payung sebelum hujan“
Tiada ulasan:
Catat Ulasan