SEBUYAU (Sarawak) - Waris mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines
(MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine mahukan barangan milik mangsa jika
mayat mereka tidak dapat dibawa pulang.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani
Abdul Karim yang bertindak menjaga kebajikan para waris berkata itu
merupakan permintaan terbaharu yang disampaikan mereka kepada pihaknya.
"Keluarga mangsa telah berpesan, kalau tidak ada mayat atau cebisan
mayat untuk dibawa balik, baju mangsa atau barangan peribadi yang lain
pun sudah memadai.
"Bagi mereka itu tanda kenangan, bukti mangsa telah ditemui," katanya
kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan