Isnin, 18 Ogos 2014

Telefon SU PAS Selangor PAS digodam

MALAYSIAKINI



 
 
 
Nombor telefon bimbit setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman telah digodam untuk menyebarkan mesej yang bertujuan untuk memarakkan krisis politik di Selangor.

"No hp saya telah di hack dan di guna oleh seseorang untuk hantar
sms berikut yang tidak bertanggungjawab yang bukan dihantar oleh saya dan dari hp saya," tulis Khairuddin (kanan) dalam Facebook malam tadi.

Mesej itu berbunyi: "Haji Hadi mptahankn TSKI krn bersih, x kurap & x stuju dgn DSAI sbab PKR nak sapu harta PKNS & projek besar. PAS sllu d ank tirikn d dlm projek pbangunan."

Mesej itu disebar beberapa jam selepas Jawatankuasa PAS Pusat semalam sebulat suara memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada Khalid sebagai menteri besar.

Tidak lama selepas keputusan itu dibuat, Khairuddin mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa PAS Selangor akan mematuhi keputusan parti.

Ditanya dalam kumpulan kumpulan WhatsApp PAS Selangor sama ada beliau akan membuat laporan polis, Khairuddin berkata “tidak sampai” ke tahap itu.

“Saya rasa tak sampai ke laporan polis sebab proses yang panjang. Tapi saya nak nafikan SMS itu takut ada liabiliti di esok hari,” katanya.

Tiada ulasan: