MALAYSIAKINI
Enam Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada
DAP dan PKR diarah mengosongkan pejabat masing-masing ekoran pemecatan
mereka mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha
Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi (kiri)
berkata bagaimanapun buat masa ini tiada tempoh masa tertentu diberikan
kepada kesemua Exco terlibat.
"Arahan pemecatan mereka telah diperkenankan Sultan Selangor dan mulai
12 Ogos (semalam) mereka tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan tugas.
"Buat masa ini, tiada arahan dikeluarkan bila sepatutnya mereka harus
mengosongkan pejabat masing-masing, tetapi mereka dibenarkan masuk ke
pejabat bagi mengemaskan barang persendirian mengikut masa mereka,"
katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ketika
diminta mengulas mengenai beberapa Anggota Exco daripada kedua-dua
parti itu yang kelihatan hadir dan meneruskan tugas di pejabat
masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam,
Mohamed Khusrin berkata kehadiran Exco berkenaan bagaimanapun tidak
melibatkan tugasan rasmi.
"Mungkin dia datang untuk kemas barang atau jumpa orang... (jumpa orang)
itu memang tugas dia selalu di Dewan Negeri Selangor ini," katanya.
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah
menulis surat bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya keenam-enam
Exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan
serta-merta.
Tiga anggota Exco daripada DAP ialah Datuk Teng Chang Khim, V
Ganabatirau dan Ean Yong Hian Wah sementara anggota Exco daripada PKR
ialah Elizabeth Wong Keat Ping, Rodziah Ismail dan Dr Daroyah Alwi.
- Bernama
1 ulasan:
p1147Inilah jarum UMNO yang TSKI pura-pura marah semasa perlantikan dulu kononnya perlantikan mesti datang dari calon yang dicadangkan oleh pejabat MB ,tapi pencalonan dibuat oleh KSU negara pada itu,konon telah diperkenan oleh kuasa sultan,itulah sebabnya dengan mudah juga TSKI boleh membelakangi semua urusan dari partinya dan berani buat keputusan sendiri sebab sudah ada jaminan dari KSU sendiri ,jadi teruskan saja DSAI boleh buat apa semua hal tadbiran jabatan MB dikawal oleh hantu UMNO yang PKR tidak sedar.teruskan agenda selanjutnya untuk memusnahkan PR dengan EXCO PAS mengkhianati perjuangan PR. PAS eloklah bercakap macam tong kosong gema cakapan akan balik ketelinga sendiri.
Catat Ulasan