Rabu, 6 Ogos 2014

SPRM diminta siasat dakwaan salahlaku terhadap MB S'gor

MALAYSIAKINI


 


Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh kumpulan penyokong Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menyiasat dakwaan mengenai salah laku integriti beliau seperti yang didakwa partinya PKR.

Permintaan terkandung dalam laporan yang dibuat oleh ketua setiausaha sulit beliau, Mohamad Yazid Bidin di pejabat SPRM Shah Alam petang ini.

Mohamad Yazid turut menyerahkan kepada SPRM dokumen yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, mereka meminta SPRM membuat siasatan tersebut bagi memastikan sama ada dakwaan terhadap Khalid itu betul atau sebaliknya.

Difahamkan, ia bertujuan untuk membersihkan nama Khalid daripada dakwaan salahlaku tersebut.

Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politiknya Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin, bekas senator Syed Shahrir Syed Mohamud, calon ketua pemuda AMK Khairul Anwar Zainuddin serta beberapa lagi kakitangan dan beberapa ahli PKR.

Tiada ulasan: