Rabu, 6 Ogos 2014

Rakyat Selangor Mahu Khalid Kekal MB

Amirul Ashraff


alt

 

SELAYANG - Rakyat Selangor merasakan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim harus dikekalkan ekoran pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh beliau di seluruh negeri Selangor selama dua penggal dibawah pentadbirannya.

 Zahari Abd Majid, 50 berkata pentabiran kerajaan negeri Selangor dibawah pucuk pimpinan Khalid sangat baik dan beliau layak kekal sebagai Menteri Besar diatas segala perkara yang dilaksanakan di Selangor.

"Secara jujurnya saya suka Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar kerana selama dua penggal dia sebagai Menteri Besar memang terdapat banyak perubahan yang ketara dan dapat dirasai oleh kami di Selangor. Beliau turut mengotakan janji.

"Latar belakang Tan Sri Khalid merupakan orang bisnes dimana beliau membuat kerajaan negeri satu perniagaan tapi bukan menguntungkan sangat kepada dia sebagai individu yang berkuasa sebagai Menteri Besar malah keuntungan tersebut dipulangkan semula kepada rakyat," katanya kepada RakyatNews di sini, hari ini.

Bagi Mohd Yusof Aran, 42, masalah pertukaran Menteri Besar ini timbul apabila sesetengah pihak ingin menjatuhkan beliau sedangkan Khalid tidak pernah mendatangkan masalah.

"Tan Sri Khalid hebat orangnya sebab beliau merupakan pakar ekonomi dan bidang akademik juga cantik, menarik. Dia tidak ada sebarang masalah cuma yang mendatangkan masalah orang lain yang datang menjolok dia supaya dia jatuh tapi rasa-rasanya dia seorang yang hebat.

"Wan Azizah tidak layak untuk menjadi Menteri Besar dan biarlah jawatan Menteri Besar ini dipegang disandang oleh rakyat selangor sendiri daripada orang luar. Jikalau orang luar yang pegang jawatan ini ibarat rakyat seorang tidak mempunyai kaliber dan tidak hebat," ujarnya.

Tiada ulasan: