SUBANG JAYA: Pelakon Along Eyzendy menjelaskan dia antara individu yang ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas, Polis Dang Wangi di sebuah premis hiburan di Jalan P. Ramlee, dekat sini, pada 20 April lalu.
Bagaimanapun, Along memberitahu dia tidak terlibat dengan sebarang
aktiviti sosial termasuk dadah dan telah dilepaskan oleh pihak berkuasa
selepas mendapati ujian air kencingnya adalah negatif.
Along atau nama sebenarnya Eyzendy Aziz, 35, berkata, dia berada di
lokasi kejadian untuk menemani seorang rakan yang merupakan pembantu
produksi bagi mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan penggambaran
drama.
"Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan
untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya
bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang
artis.
"Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama
pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil
bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan.
Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan," ujarnya
ketika ditemui mStar Online, pada previu telefilem Kem Cuci Tangan di
sini, pada Selasa.
Along berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhir sebelum
ini mengenai seorang pelakon lelaki berusia 35 tahun ditahan bersama 41
individu dalam Ops Cantas Khas Polis Daerah Dang Wangi, di sebuah premis
hiburan di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.
Turut ditahan bersama pelakon itu adalah sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial.
Dalam pada itu, Along mengakui enggan memberi sebarang komen berkaitan
perkara ini ketika dihubungi pihak media adalah bagi mengelakkan perkara
tersebut menjadi lebih panjang.
"Saya baca di blog-blog yang menulis berita tentang itu, ada yang
menambah-nambah hingga mendakwa saya terlibat dengan gejala tidak
bermoral itu. Saya bukan kaki kelab malam, saya hanya pergi atas urusan
tertentu sahaja.
"Saya tidak mahu komen kerana saya tidak mahu orang cakap tentang
perkara ini, lagi pula ia tidak ada sebarang kes pun terhadap saya,"
ujarnya.
Sementara itu, Along berkata, biarpun perkara tersebut tidak
menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon, namun ia sedikit sebanyak
memberi kesan terhadap keluarganya di kampung.
Katanya, ibu antara orang yang paling bimbang apabila mendapat tahu tentang berita tersebut.
"Keluarga mana yang tidak marah jika perkara tersebut terjadi kepada
ahli keluarga mereka. Saya sudah beritahu apa yang berlaku pada malam
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan