MALAYSIAKINI
Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Nibong
Tebal disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan
butang 'Like' I Love Israel di laman sosial Facebook yang mencetuskan
kontroversi di kalangan warga sekolah itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan ACP Shafien Mamat berkata
setakat ini polis telah merekod keterangan lima orang termasuk guru
pelajar berusia 17 tahun itu.
"Semalam kami ambil keterangan pelajar berkenaan dan hari ini kami ambil
keterangan tiga lagi rakannya berusia 17 tahun dan seorang guru berusia
40-an bagi membantu siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi, di
Nibong Tebal hari ini.
Beliau berkata tindakan pelajar berkenaan menekan butang 'Like' itu
menarik banyak komen antaranya daripada guru sekolah itu yang meluahkan
rasa kecewa dan terdapat juga komen yang mengecam dan mencadangkan agar
pelajar itu dibakar.
Shafien berkata keadaan itu menyebabkan pelajar berkenaan berasa bimbang
untuk ke sekolah berikutan menerima kecaman daripada guru dan
rakan-rakan sekolahnya selepas tindakannya itu.
Beliau berkata pelajar berkenaan yang berasa bimbang dengan
keselamatannya membuat laporan polis di Balai Polis Tasek Mutiara dan
menutup akaun Facebook miliknya.
Shafien berkata pelajar lelaki itu mendakwa tindakan menekan butang 'Like' itu dilakukan secara tidak sengaja.
"Siasatan terbahagi kepada dua aspek iaitu mengapa pelajar itu menyokong
laman berkenaan yang mencetuskan perbalahan dan berhubung ancaman yang
diterimanya," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan