Rabu, 13 Ogos 2014

PAS bukan parti hingusan

 
Jangan sesekali mengugut dan beri kata dua kepada PAS


nasrudinhassan


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menyatakan pendiriannya supaya tidak mewujudkan pertembungan dengan pihak istana berhubung dengan isu perlantikan Menteri Besar dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh institusi Raja.

Menurutnya, ini juga adalah konsensus PR dan beliau menegaskan tiada pembentukan kerajaan dengan Umno akan berlaku kerana ia mengkhianati semangat pemuafakatan PR.

“Sementara itu, PAS juga mengamati senario ini sebelum memutuskan tindakannya pada 17 Ogos 2014 nanti.

“Jangan sesekali mengugut dan beri kata dua kepada PAS. PAS bukan parti hingusan di persada politik tanah air yang mudah untuk dibuli sedemikian rupa,” katanya.

Tambahnya lagi, PAS mesti memberikan sepenuh komitmen untuk menjaga kerajaan negeri sebagaimana yang diamanahkan oleh rakyat.

“Jangan porak perandakan pentadbiran kerajaan negeri dengan elemen sabotaj dan lainnya.

“Saya mendoakan agar keadaan kembali pulih dan PR kembali berjuang dengan cara yang betul. Polemik yang sedang berlaku di Selangor menjadi ujian besar kepada PR,” ujarnya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Aku setuju PAS bukan parti hiingusan...tapi PAS nampak berhingus dalam menyusun strategi dan mendepani sesuatu isu..Gagal memahami sesuatu isu dengan baik melainkan buat demo bantah konsert...lebih parah lagi suka bercakap tanpa fakta dihadam dengan betul atau disiasat kesahihan fakta itu samada fakta atau auta

tok janggut berkata...

Setuju dgn keadilan hebat. Pas usianya dah tua dah, hingus pun dah x mau kluar,tanya lah TG Nik Aziz.Masaalahnya pemimpin2nya masih berhingus lagi dalam menyusun strategi, lebih suka tunjuk garang pada rakan dalam pakatan tapi pemalu dalam Parlimen..