Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap portal berita Malaysian Insider semalam kerana didakwa menyiarkan satu siri artikel dan ulasan terhadap beliau, seolah-olah ia menjalankan kempen "anti-Khalid".
Abdul Khalid memfailkan saman itu melalui peguamnya New Sin Yew dari firma guaman Bon Advocates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif dan editornya, Jahabar Sadiq dan editor Bahasa Malaysia, Amin Shah Iskandar, sebagai defendan.
Turut dinamakan ialah The Edge Communications Sdn Bhd, yang megambilalih portal berita itu enam bulan lepas.
Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan penarikan balik artikel berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan