Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan serangan berhubung isu intergriti Menteri Besar Selangor oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution sebagai tindakan kurang bijak.
Hal itu berikutan, serangan terbabit akan memberi persepsi kepada rakyat bahawa parti itu hanya bersedia mendedahkan penyelewengan seseorang pemimpin apabila mahu melaksana proses penyingkiran.
“Ini
seakan memberi gambaran jika betul ada penyelewengan dan kalau pemimpin
itu masih dikehendaki, kita akan sorokkan penyelewengannya daripada
pengetahuan rakyat.
“Rakyat akan melihat keadaan ini, yang mana kita serupa dengan Umno,” katanya dalam sidang medianya di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.
Beliau berkata, PKR harus mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP terlebih dahulu bagi menentukan langkah seterusnya.
“Seharusnya,
perkara ini dibentangkan dahulu kepada PAS dan DAP untuk tindakan
selanjutnya, sebelum memanggil Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan beliau.
“Mungkin dalam perbincangan itu juga boleh mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan isu kerusi Menteri Besar,” katanya.-NFN-
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan serangan berhubung isu intergriti Menteri Besar Selangor oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution sebagai tindakan kurang bijak.
Hal itu berikutan, serangan terbabit akan memberi persepsi kepada rakyat bahawa parti itu hanya bersedia mendedahkan penyelewengan seseorang pemimpin apabila mahu melaksana proses penyingkiran.
“Rakyat akan melihat keadaan ini, yang mana kita serupa dengan Umno,” katanya dalam sidang medianya di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.
Beliau berkata, PKR harus mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP terlebih dahulu bagi menentukan langkah seterusnya.
“Mungkin dalam perbincangan itu juga boleh mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan isu kerusi Menteri Besar,” katanya.-NFN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan