Oleh Abu Hassan Adam
Peter Drucker dalam bukunya,“ The new Realities’ 1989 menyatakan,
“…..With everyone being able to receive information directly from a
satellite in the home – and on dishes already so small that
no secret police can hope to find them - control of information by
government is no longer possible. Indeed informations is transnational;
like money, information has no ‘fatherland’. Because information knows
no national boundaries, it will also form new ‘transnational’
communities of people who, maybe without ever seeing each other in the
flesh, are in communion because they are in communication”.
Itulah rupa ‘dunia’ maklumat yang Boleh digambarkan oleh Peter
Drucker dalam tahun 1989. ‘The New Realities’ katanya. Tetapi pengarang
ini tidak dapat menjangkau keadaan dua puluh tahun selepas tarikh beliau
menuliskan buku ini. Tidak tergambar oleh beliau bahawa pada awal kurun
ke21, akan wujud berbagai alat perhubungan baru seperti Tweeter,
Whatsapp, Facebook, Blogs dll. Dan kemunculan ‘benda Allah’ inilah yang
telah sedikit sebanyak ‘memperok-perandakan’ masyarakat dunia kini.
Antara kesan yang yang amat jelas yang telah dicetuskan oleh ‘benda
Allah’ yang aku sebutkan di atas ialah tentang ‘lumpuhnya’ perniagaan
makanan segera yang ada kaitannya dengan Israel atau Yahudi (Zionis) di
Malaysia. Difahamkan bahawa tidak terfikir oleh perniagaan makanan
segera ini bahawa perniagaan mereka boleh dilumpuhkan oleh Tweeter,
Whatsapp, Facebook atau Blogs. Bukan tidak pernah mereka menghadapi
ancaman ‘boikot’ sebelum ini. Banyak kali. Tetapi tidak begitu berkesan.
Perniagaan mereka masih berdiri dengan megahnya sehinggalah muncul
keadaan terkini yang menyebabkan mereka hampir lumpuh dan ‘meminta
nyawa’ dari golongan yang tidak tahu dari mana asal usulnya.
Bagi aku ini merupakan satu perkembangan baru yang menerobos alam
pemikiran rakyat Malaysia, khususnya golongan yang dulu dianggap tidak
berdaya, lemah dan boleh ditindas oleh golongan yang sentiasa mendabik
dada merasakan bahawa mereka merupakan golongan yang kuat. Kesedaran
baru ini telah timbul bahawa rupanya ada ‘senjata sulit’ yang boleh
digunakan oleh golongan lemah terhadap golongan yang dianggap berkuasa.
Kemunculan ‘benda Allah’ ini telah memberikan ‘nafas baru’ kepada rakyat
Malaysia ( yang tidak mengira kaum dan keturunan dan fahaman politik)
untuk menentukan arah tuju ataupun kehendak mereka.
Israel atau Yahudi (Zionis) mendabik dada, mengatakan bahawa mereka
adalah satu bangsa yang kuat yang boleh memusnahkan rakyat Palestine
yang lemah. Betul. Itu dulu. Sekiranya masyarakat dunia boleh bersatu
dan berusaha untuk memerangi regim Yahudi ini, maka hanya boleh
dikalahkan dengan satu perkataan sahaja, ia itu ‘BOIKOT’ melalui ‘benda
Allah’ yang disebutkan di atas. Bagi aku ‘Benda Allah’ itu adalah
kurniaan Allah untuk digunakan oleh golongan lemah terhadap golongan
yang sentiasa mendabik dada merasakan diri mereka kuat.
Apa yang sedang berlaku di Malaysia kini merupakan satu
‘breakthrough’. Tindakan memulaukan perniagaan makanan segera (Yahudi)
adalah satu ‘kejumpaan’ seperti mana Christopher Colombus menjumpai
benua Amerika.
Sehubungan dengan itu aku amat setuju dengan kenyataan Naib Ketua
Pemuda PAS Kelantan, Saudara Mohd Asri Mat Daud yang mengemukakan
beberapa cadangan. Antaranya,
· Agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bagi mewajibkan
umat Islam memulau semua barangan dan produk keluaran syarikat Yahudi
Zionis.
· Kerajaan Malaysia perlu memutuskan segera hubungan dagang dengan
Yahudi Israel walau dalam apa jua bentuk sekalipun. Ini termasuklah
menghentikan segera penualan minyak sawit kepada Israel.
· Menuntut kerajaan Malaysia jangan hanya sekadar menyalurkan
sumbangan kepada rakyat Gaza, sedangkan dalam masa yang sama melantik
APCO sebagai penasihat kerajaan.
Sehingga kini, rakyat Malaysia yang dianggap ‘lemah dan tidak
berdaya’ telah menunjukkan ‘kekuatan’ mereka dengan menjalankan kempen
memulaukan makanan segera tajaan syarikat Zionis Israel. Mereka berjaya.
Maknanya mereka mengkotakan apa yang mereka katakan. Golongan yang
mencintai rakyat Palestin beragama Islam bukan sahaja mengadakan tunjuk
perasaan di Dataran Merdeka menentang Israel tetapi mereka melakukan
berbagai usaha untuk menyatakan tentangan mereka.
Kini sudah sampai giliran pihak kerajaan pula untuk menunjukkan
tindakan secara konkrit menentang Zionis Israel itu. Sekurang-kurangnya
mengambil langkah-langkah tertentu sebagaiman yang disarankan oleh Naib
Ketua Pemuda PAS Kelantan itu.abuhassanadam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan