Oleh SELENA TAY
KERAJAAN BN dikatakan akan memberitahu rakyat senarai barang yang akan dikecualikan daripada Cukai Barangan Dan Perkhimatan (GST - Goods & Services Tax) pada bulan ini.
Apa yang penting ialah sama ada minyak RON95 akan dikecualikan daripada cukai tersebut atau tidak kerana kalau RON95 dikenakan cukai 6 peratus maka harga minyak ini akan naik mendadak dan semua harga barang lain pun akan naik serentak juga.
Ini tentu akan membebankan warga marhaen dan golongan yang berpendapatan rendah. Mereka akan merasa semakin terhimpit.
Ini adalah kerana harga barang makanan semakin naik dan tidak pernah turun. Harga ikan terutamanya telah menjurus naik.
Mengapakah kerajaan tidak berusaha mengawal harga barang makanan sepanjang tahun? Kerajaan harus berusaha dengan lebih untuk membantu rakyat yang telah memberi mandat kepadanya dalam pilihanraya umum tahun lalu.
Amat sedih mata memandang apabila negara kita yang kaya dengan sumber hasil ini masih mempunyai ramai daripada rakyatnya yang menjadi warga gelandangan.
Adakah situasi ini akan berterusan dan menjadi bertambah teruk pada tahun hadapan apabila GST dilaksanakan pada 1 April nanti?
Mengulas mengenai GST, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam berkata, "Yang penting, jangan laksanakan cukai 6 peratus itu atas minyak RON95 kerana kalau dilaksanakan maka harga barang yang murah pun akan menjadi mahal hasil daripada kesan berantai oleh kenaikan harga minyak RON95.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan