Faekah Husin, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
mengumumkan beliau keluar PKR hari ini kerana membantah cara parti itu
memecat bekas bosnya.
Faekah yang juga ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menunjukkan surat yang dihantar beliau kepada Malaysiakini dan menyatakan ia telah dihantar kepada ibupejabat PKR hari ini.
Faekah yang juga bekas setiausaha politik Presiden PKR, Datuk Seri Wan
Azizah Wan Ismail sebelum ditugaskan dengan Khalid pada 2009,
bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut selain menyatakan beliau "hilang
kepercayaan terhadap parti."
Surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin
Nasution Ismail itu berkata PKR tidak mengamalkan cara berhemah dan
terpesong dari prinsip parti dalam pemecatan Khalid Sabtu lalu.
"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan
terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini yang
diperjuangkan oleh partinini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," petik
surat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan