MALAYSIAKINI
Datuk Seri Anwar Ibrahim terkedu sejurus selepas Tan Sri Khalid
Ibrahim memberitahu bahawa sultan Selangor berpuas hati dengan
penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan
Undangan Negeri.
Dalam
reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita
yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal
“??”.
Menjawab soalan sultan, Khalid hari ini menjelaskan, di sebalik
pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti
anggota dewan negeri.
Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang
dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan
menteri besar.
Berikut beberapa reaksi segera di Internet berhubung keputusan terkini istana:
Datuk Ahmad Maslan, Ketua penerangan Umno
Sultan Selangor sudah memberi perkenan agar Tan Sri Khalid terus jadi MB
Selangor. Episod amat menarik. Adakah PKR dan DAP akan mohon "sembah
derhaka"?
Latheefa Koya, peguam dan pemimpin PKR
Amboi tebalnya kulit. Orang pecat dia, dia pula suruh exco letak jawatan!
Abdul Rahman Dahlan, menteri perumahan
Ekoran majoriti ADUN Selangor menyokong TSKI (Khalid), Pakatan tak boleh
dakwa Khalid tiada kesahan jadi MB. Pakatan sebenarnya tiada kesahan
membentuk kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan