Rabu, 20 Ogos 2014

Dokumen 'Kajang Move' dipalsukan


Fahmi Fadzil


SHAH ALAM - PKR hari ini mengecam pihak dan individu yang bertindak menyebarkan maklumat palsu mengenai dokumen 'Langkah Kajang’ kepada orang ramai.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil mendakwa, tindakan tersebut jelas membuktikan Malaysia masih belum mencapai tahap kematangan politik yang sebenar.

Beliau berkata demikian ekoran daripada penyebaran dokumen 'Langkah Kajang' yang dikatakan ditulis oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

“Saya mendapat beberapa panggilan dan notifikasi pagi ini berkaitan satu dokumen kononnya ditulis oleh Rafizi berkaitan 'Langkah Kajang'.

“...Saya mengesahkan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan fitnah,” katanya melalui sebuah kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Fahmi mengingatkan orang ramai supaya merujuk blog rasmi Rafizi di rafiziramli.com untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai  artikel tersebut.

"Sesiapa sahaja boleh membaca laman blog Rafizi sekitar waktu 'Langkah Kajang' dimulakan dan akan mengesahkan bahawa beliau sendiri merujuk kepada strategi ini dengan nama 'Serampang Kajang',” jelasnya lagi.

Tiada ulasan: