Ketua Pembangkang Johor Boo Cheng Hau
mempersoalkan sama ada kenaikan tol di Pusat Pemeriksaan Kastam,
Imigresen dan Kuarantin (CIQ) menghala ke Singapura sah.
Beliau membangkitkan sama ada ia diluluskan oleh kabinet dan diwarta
berdasarkan undang-undang, bawah Seksyen 7(1) Akta Jalan-Jalan
Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.
Tarif tol CIQ berkuat kuasa pada 1 Ogos selepas notis kurang seminggu
dikeluarkan, mengakibatkan bantahan besar pemandu bas mengakibatkan
kesesakan lalulintas teruk di Tambak Johor.
Menurut Zaobao Singapura, bas kilang yang membawa pekerja ke Singapura
setiap hari, mengadakan "mogok" pada pukul 5 pagi apabila diminta
membayar kadar baru tol yang naik 470 peratus.
Keengganan mereka untuk berganjak, mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di laluan ke pusat pemeriksaan Singapura.
Sementara itu, Boo turut menolak cadangan anggota Parlimen Johor Bahru
Shahrir Samad bahawa pengecualian tol untuk bas dan teksi boleh
mengurangkan kesesakan di kompleks CIQ.
Katanya, kesesakan jalan raya tidak boleh dikurangkan dengan kenaikan
tol sebelum pengangkutan awam berfungsi dengan baik, terutamanya keret
aapi MRT dan LRT yang menghubungkan Johor Bahru Central dan Jambatan
Kedua dengan Woodlands dan Tuas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan