Ahad, 3 Ogos 2014

Bersedia terima azab di akhirat

 
Dalang yang memecahbelahkan umat Islam sejagat adalah Amerika Syarikat.
ibrahim ali


PETALING JAYA : Umat Islam terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) Islam Melayu dan Bumiputera dan mereka yang bersimpati terhadap rakyat Palestin di Gaza harus memberi fokus  mendesak secara tegas pemimpin-pemimpin di negara Islam supaya bertindak segera.

Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, badan-badan tersebut seharusnya bertindak bagi menyelamatkan kanak-kanak, wanita dan orang awam yang berterusan dibunuh dengan kejam oleh tentera zionis Israel dengan sokongan ‘dajal’ Amerika Syarikat.

“Apa yang boleh diharap untuk kemanusiaan dan keadilan dari kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Britain dan sebilangan negara Barat di Eropah yang lain, kerana mereka merupakan pihak yang menaja kewujudan negara haram Israel.

“Manakala, kuasa politik Amerika Syarikat pula ditentukan oleh puak Yahudi Zionis dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merupakan alat dan hamba mereka.

Ibrahim turut mempersoalkan mengapakah tidak diadakan sidang tergempar di negara Arab, dan mengapakah negara seperti Iran membisu tentang isu ini.

“Dalang yang memecahbelahkan umat Islam sejagat adalah Amerika Syarikat serta negara-negara Islam yang turut dikuasai oleh fahaman Syiah dan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah,”

“Ini adalah percaturan yang telah diatur oleh Amerika Syarikat kerana mereka tidak akan membenarkan mana-mana pemimpin dari negara Islam untuk menyatukan umat Islam di negara lain,” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, Amerika Syarikat turut menggeruni negara yang lebih dikenali sebagai negara tembok besar iaitu negara China, dan mereka turut dihantui oleh negara kuasa besar lain seperti Rusia.

Jelas Ibrahim lagi, pergolakan yang terus berlaku di Timur Tengah dan Asia Timur merupakan talihayat kepada umat Islam.

“Umat Islam di negara sejagat hanya mampu membaling batu, membakar bendera dan patung, serta nota tambahan, tetapi pemimpin-pemimpin negara Islam terutamanya di Timur Tengah kesemuanya berada dalam ‘poket’ Amerika Syarikat,” katanya.

Oleh yang demikian, umat Islam seharusnya terus mendesak pemimpin-pemimpin di negara Islam agar tidak terus  berpeluk tubuh dan mereka seharusnya berhenti menjadi ‘alat’ Amerika Syarikat.
“Jika mereka terus berpeluk tubuh, maka terimalah hukuman azab yang maha dahsyat di akhirat kelak.

“Selain itu, Perkasa turut menyokong penuh saranan pihak MAPIM agar sidang tergempar di Parlimen diadakan bagi membincangkan kezaliman Zionis Israel dan menjadi penggerak kearah kebangkitan keadilan sejagat,” jelasnya.

Tiada ulasan: