Kita akan membuka ruang dan pilihan untuk rakyat Sarawak membuat perubahan.
SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan supaya PKR memberi penekanan kepada semua peringkat anggota untuk mula membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang bakal berlangsung selewat-lewatnya tahun 2016.
Pada PRN Sarawak 16 April 2011, Pakatan Rakyat memenangi 15 daripada 71 kerusi DUN Sarawak iaitu 12 kerusi dimenangi DAP dan 3 kerusi PKR. Manakala 1 kerusi dimenangi calon Bebas.
“Walaupun BN memenangi 55 kerusi DUN Sarawak, mereka hanya memperolehi 55 peratus undi popular, berbanding dengan Pakatan Rakyat, walaupun hanya 15 kerusi, tetapi berjaya mencapai sehingga 41 peratus undi popular.
“Yakinlah jika kita mempunyai strategi yang baik dan persefahaman yang utuh di kalangan Pakatan Rakyat, insyallah kita akan membuka ruang dan pilihan untuk rakyat Sarawak membuat perubahan,” katanya.
Tegasnya, beliau meminta pihak JPP mengemukakan cadangan ini, dengan mengambil kira juga pandangan daripada akar umbi, khususnya pemimpin di peringkat Cabang dan negeri, diperhalusi dan dibahaskan secara telus dan mendalam untuk dikemukakan kemudiannya kepada Majlis Pimpinan Pusat.
“Saya berharap, kita rapatkan persaudaraan sesama kita dan teruskan iltizam untuk berjuang dan berbakti kepada rakyat.
“Demi rakyat kita bersama, jangan sesekali kita khianati amanah mereka,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan