KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan seorang anak
kapalnya telah ditahan polis Perancis untuk disoal siasat atas dakwaan
berperangai tidak senonoh terhadap seorang penumpang.
Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu menyatakan anak kapal itu
telah ditahan apabila seorang penumpang Penerbangan MH20 dari Kuala
Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lepas, mendakwa seorang anak kapal MAS
berkelakuan tidak senonoh.
"Oleh kerana Malaysia Airlines mengharapkan anak kapalnya sentiasa
mempamerkan tingkah laku paling terpuji, maka kami memandang serius
dakwaan ini.
"Sudah semestinya kami akan membantu pihak berkuasa Perancis dalam
menjalankan siasatan mereka. Kami ingin menegaskan bahawa keselamatan,
keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan
tertinggi kami," kata MAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan