MODEL pakaian muslimah, Felixia Yeap yang bakal memeluk Islam hari ini menegaskan tiada liputan media akan dibenarkan.
Menurutnya, bagi berlaku adil, tiada satu pun media yang akan dibenarkan menghadiri untuk menyaksikan pengislamannya itu.
"Kepada semua media, saya pasti untuk tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang menyaksikan saya mengucap syahadah bagi berlaku adil kepada semua. Terima kasih kerana memahami," tulisnya di laman sosial Facebook, hari ini.
Dalam pada itu, Felixia juga menafikan berita yang tersebar berkenaan lokasi pengislamannya itu.
"Kepada sesiapa yang menyebarkan rumor bahawa saya mengucap di Hidayah Centre Melawati, ini Ramadan.
"Sekurang-kurangnya, jangan sebarkan pembohongan," katanya.
Sepanjang Ramadan ini, Felixia berkongsi dengan peminat-peminatnya aktiviti berpuasa termasuk berbuka dan bersahurnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan