Akhirnya, Presiden PAS, TGHA bercakap
secara terbuka di Rusila semalam yang PAS tidak bersetuju untuk menggantikan
Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan berharap semua ahli PAS bersama
beliau dalam isu ini. TGHA...Menteri Besar boleh diganti selepas pilihanraya
nanti, itu maksud TGHA.
Tetapi ia terpulang kepada Ke
bawah Duli Tuanku Selangor untuk bersetuju atau sebaliknya, tetapi adalah
dijangkakan Tuanku akan bersetuju untuk Khalid kekal sebagai Menteri Besar
sehingga tamat penggal keduanya.
Menteri Besar hanya boleh ditukar
jika beliau telah melakukan kesalahan jenayah dan terlibat dalam menyalah
gunakan wang rakyat dan rasuah. Jika setakat masalah dalaman parti PKR sahaja, ia
tidak memberikan sebab PAS bersetuju untuk menggantikan beliau dengan sesiapa
yang lain.
TGHA menyedari yang parti itu
terpaksa mendengar pandangan ahli-ahli parti di peringkat ‘grassroots’ dan tidak
boleh mengambil tindakan sendirian. Parti tidak boleh membiarkan ahli-ahli
tidak diberikan peluang untuk bersama menentukan hala parti. Pimpinan parti
PAS tidak boleh ‘disconnected’ dengan ahli-ahli di bawah kerana itu merupakan
satu tindakan yang tidak adil terhadap ahli-ahli yang selama ini setia dengan
perjuangan dan terhadap kepimpinan parti.
Dengan kenyataan Tok Guru Haji
Hadi Awang ini ia sesungguhnya selari dengan kehendak ahli di peringkat bawahan
yang telah memberikan sumbangan banyak terhadap kerajaan PR di Selangor.
Dengan pendirian PAS ini parti itu akan dipandang sebagai parti yang setia kepada rakan seperjuangan dan tidak terlibat dengan permainan politik yang tidak sihat di dalam PKR sekarang ini. PAS tentunya tidak mahu parti itu diperlekeh oleh ahli-ahlinya sendiri kerana kekuatan PAS bergantung kepada kekuatan akar umbi.
Dengan pendirian PAS ini parti itu akan dipandang sebagai parti yang setia kepada rakan seperjuangan dan tidak terlibat dengan permainan politik yang tidak sihat di dalam PKR sekarang ini. PAS tentunya tidak mahu parti itu diperlekeh oleh ahli-ahlinya sendiri kerana kekuatan PAS bergantung kepada kekuatan akar umbi.
Apa pun yang akan terjadi
diantara PAS dengan PKR, parti PAS akan dipandang tinggi dan dihormati oleh
banyak pihak khasnya rakyat yang menyokong selama ini. Sebagai parti yang berlandaskan
kepada Islam PAS sudah tentu tidak semudah itu untuk mengorbankan nilai-nilai
Islam yang mana melakukan penyembelihan terhadap rakan seperjuangan itu adalah
tindakan politik tidak bermoral.
PAS tahu membezakan diantara
kesalahan dan kesilapan. Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak
terdengar beliau menyalah gunakan wang rakyat seperti yang kita dengar dikalangan
pimpinan BN.
Jika ada orang yang ingin dan
terlalu berselera dengan perasaan tidak sabar untuk menggantikan Khalid, agar
mengesat lelehan liur mereka dahulu sementara menunggu tamatnya penggal Khalid sehingga pilihanraya ke 14 nanti.
Tidak lari gunung dikejar dan
bersatulah dalam parti dalam mentadbir kerajaan negeri terkaya di negara ini. Janganlah
memberi alasan untuk mengganti Khalid ini dengan menggunakan alasan yang
tersurat, kerana apa yang tersirat juga yang akan di lihat dan di nilai oleh
rakyat yang ramai.
Apa yang Khalid mesti buat
sekarang ini ialah untuk meneruskan mentadbir negeri seperti sekarang, dan
beliau perlu memahami yang pimpinan PKR tertinggi hanya mempunyai satu masalah
dengan beliau, iaitu beliau dianggap terlalu kedekut kepada parti.
Walaupun kita faham yang wang
rakyat tidak boleh digunakan untuk parti, saya berharap TS Khalid berbuatlah
apa yang perlu terhadap parti ini, tetapi jangan menggunakan wang rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan