MSO
Banyak
pihak bercakap mengenai ketidakwajaran pemansuhan Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) dan juga cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan
1948 dengan satu akta baru. Masing-masing tidak setuju dengan pemansuhan
itu dan berpandangan pemansuhan akta itu memburukan keadaan negara
misalnya bertambahnya kejadian jenayah.
Antara orang yang mempertikai dan melahirkan rasa kurang senang dengan
cadangan memansuhkan Akta Hasutan 1948 ialah bekas PM Dr Mahathir
Mohamad. Katanya penghapusan itu boleh menyebabkan keadaan negara
huruhara. Katanya apabila akta itu ditiadakan ia memudahkan untuk orang
melakukan hasutan.
Sependapat dengan Mahathir ialah bekas IGP Musa Hassan. Katanya kalau
akta itu dihapuskan dikhuatiri asas perpaduan dan keharmonian masyarakat
selama ini menjadi sasaran orang tidak bertanggungjawab.
Sejauh manakah benar dan logiknya alasan diberikan
kedua-dua mereka itu terutamanya Mahathir. Sebelum ini Mahathir dilihat
orang yang berpandangan ke depan melakukan perubahan, tetapi berlainan
berhubung soal ini. Beliau seakan premitif dan nampak sangat bimbang.
Apakah kebimbangan Mahathir itu berasas? Atau pun beliau sengaja
menimbulkan itu kerana hendak menekan Mohd Najib Razak. Umum tahu
pemansuhkan akta ISA dan cadangan memansuhkan Akta Hasutan 1948 adalah
sebahagian dari transfomasi pentadbiran dilakukan Najib. Sedikit
sebanyak Najib mendapat pujian atas keberaniannya memansuhkan akta
berkenaan.
Setidak-tidaknya akta yang disifatkan kolot, usang dan undang-undang
rimba itu sudah tidak ada lagi, walaupun ia diganti dengan akta-akta
baru. Setidak-tidaknya Najib berani menghapuskan akta yang menjadi
phobia ramai.
Dalam hal ini saya tidak berasakan pandangan Mahathir itu tepat dan
ikhlas. Beliau berbuat begitu kerana hendak memburukkan imej Najib. Iya
sebahagian daripada taktik Mahathir yang mahu Najib berundur dari kerusi
PM kini. Kita tahu Mahathir kini sedang merancakkan tekanan ke atas
Najib.
Beberapa polisi pentadbiran Najib dikritik hebat oleh Mahathir. Mahathir
juga mengkritik Najib berhubung kehilangan pesawat MH370 yang hilang
ghaib sampai ke hari ini.
Untuk kempen mendesak Najib ini Mahathir boleh panggil mana-mana orang
untuk bersamanya. Tindakan Musa Hasan itu juga dilihat ke arah itu.
Sebagai bekas ketua polis negara Musa relevan untuk memberi pandangan
itu. Tetapi ketulusannya boleh dipersoalkan. Musa selepas bersara tidak
mempunyai kedudukan istimewa. Dalam kata lain Najib tidak memberi
apa-apa anugerah sebagai cenderamata buatnya. Tidakkah kritikan Musa itu
juga sebagai sebab kecewa?
Kesimpulannya kebimbangan Najib dan kritikan ke atas pemansuhan akta
Hasutan 1948 itu dan lainnya dibuat sebagai suatu bentuk tekanan
psikologis ke atas Najib bukan sesuatu yang tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan