Khamis, 3 Julai 2014

DAP kecam larangan puasa terhadap umat Islam Xinjiang

stevensim

Roketkini.com


GEORGE TOWN – Tindakan pihak berkuasa wilayah Xinjiang, sebuah daerah di barat laut China, melarang umat Islam menunaikan ibadah puasa adalah bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menegaskan hal tersebut dalam kenyataan medianya awal pagi tadi yang antara lain menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu penindasan terhadap penduduk Islam Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.

“Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, ibadah puasa mengajar kita nilai bersederhana, pengorbanan dan membuat amal kebajikan.

“Malangnya dunia sedang mengalami ekstremisme di merata-rata tempat,” ujar beliau.

Menafikan rakyat Islam China daripada mengamalkan rukun utama agama adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia,” tegasnya.

Bersedih dengan penindasan terbabit, Steven mengutuk keras tindakan tersebut sambil menyatakan solidariti bersama mereka yang tertindas di seluruh dunia yang menjadi mangsa kepentingan politik sempit.

Notis larangan berpuasa tersebut dilaporkan telah dimuatnaik beberapa jabatan kerajaan daerah berkenaan sejak bermulanya Ramadan hujung minggu lalu.

Larangan itu ternyata bukan kali pertama dikuatkuasakan. Menurut laporan media, kerajaan pimpinan Parti Komunis itu telah mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang sejak beberapa tahun lalu. –

Tiada ulasan: