MALAYSIAKINI
Seorang senator
Australia dan aktivis New Zealand merancang untuk
menghantar "notis pengusiran" kepada ibu pejabat syarikat nadir bumi
Lynas di Sydney pagi ini.
Menurut Senator Lee Rhiannon (kanan) dari parti Green dan aktivis alam sekitar Natalie Lowrey, mereka berbuat demikian bagi
menunjukkan "sokongan berterusan kepada ratusan ribu rakyat Malaysia
yang menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Malaysia".
"Kami percaya harga kehidupan rakyat Malaysia sama seperti rakyat Australia.
"Saya tidak menyesal untuk bersama masyarakat Malaysia dan akan terus
berkempen di sini di Australia supaya Lynas menutup loji penapisan
toksik itu, membersihkan sisanya dan meninggalkan Malaysia," kata Lowrey
dalam satu kenyataan bersama dengan Rhiannon hari ini.
Lowrey ditahan selama lima hari ketika berada di Malaysia kerana
menyertai bantahan bersama peserta kempen anti-Lynas di Kuantan, dan
dibebaskan minggu lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan