Sabtu, 28 Disember 2013

PKR gesa SPRM siasat anak Rosmah beli megapuri RM110 juta di New York

OLEH DIYANA IBRAHIM


Tian Chua mengulas laporan pembelian megapuri mewah oleh anak tiri Perdana Menteri di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu di Kuala Lumpur. Gabar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 28 Disember, 2013. 


Tian Chua mengulas laporan pembelian megapuri mewah oleh anak tiri Perdana Menteri di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu di Kuala Lumpur. Gabar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 28 Disember, 2013.Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana anak tiri Perdana Menteri boleh membeli sebuah megapuri (penthouse) bernilai RM110 juta di New York.

Kenyataan ini dibuat ketika mengulas laporan pembelian satu unit kondomium mewah, megapuri, di New York oleh anak tiri Perdana Menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz, 36.

Tian Chua berkata pendedahan itu amat mengejutkan ketika rakyat bergelut dengan kesukaran menghadapi peningkatan kos sara hidup.

"Ia amat mengejutkan dan kita persoalkan dari manakah dia mendapat wang sebanyak itu kerana angkanya terlalu besar iaitu RM110 juta," katanya kepada media hari ini.

Oleh itu, beliau menggesa SPRM perlu lebih memainkan peranan untuk menjalankan siasatan ke atas anak tiri  Perdana Menteri tersebut.

"Pendedahan itu seperti membuktikan terdapat kalangan pemimpin yang begitu kebal daripada
undang-undang.

"Sepatutnya SPRM tidak perlu dibayangi dengan kuasa seperti ini, mereka haruslah menjalankan siasatan biarpun tiada tuduhan kerana ini merupakan penyelewengan yang amat serius," katanya.

Semalam media melaporkan Riza yang merupakan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor dengan bekas suami terdahulu telah membeli hartanah di West 63rd Street Park di laurel New York.

Laporan itu memetik laman Web syarikat hartanah New York The Real Deal menyatakan Riza membeli megapuri tujuh bilik pada 19 November tahun lepas.

Unit megapuri itu dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquistation

Tiada ulasan: