Sabtu, 28 Disember 2013

Kerajaan Jual Aset Negara & Gadai Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam. Kerajaan Dapat Duit RM5.6 Bilion. Kewangan Negara Parah?

 


Malaysia World Bank



Berdasarkan laporan Bank Dunia, kerajaan Malaysia telah menjual aset negara dan juga mengadaikan pinjaman perumahan kakitangan awam melalui pensekuritian sebanyak RM5.6 bilion bagi mencapai sasaran defisit. Rakyat dah pesan lama sudah kepada kerajaan, jangan boros, jangan membazir, jangan salahguna wang rakyat supaya Malaysia tidak dihimpit dengan hutang yang tinggi seperti yang dialami sekarang. (BUKTINYA DI SINI)

Nah….setakat laporan Bank Dunia (World Bank) setakat Disember 2013 berdasarkan penyata Kementerian kewangan sendiri yang diterbitkan Perbendaharaan Negara, menunjukkan :

 

Laporan Bank Dunia : Malaysia Dapat RM5.6 Bilion

  1. Belanja mengurus kerajaan Malaysia telah melebihi belanjawan yang diluluskan sebanyak RM14.3 bilion (7.1%)
  2. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 setakat ini lebih teruk daripada yang dijangkakan berdasarkan unjuran pembentangan Bajet 2013
Disebabkan bajet defisit (belanja yang mengatasi peruntukkan bajet) terus dibentangkan selama 16 tahun berturut-turut dan pertumbuhan ekonomi yang tidak serancak seperti yang dijangkakan menyebabkan pendapatan negara kita berkurangan yang tidak mencapai angka yang dihajatkan, dalam pada masa yang perbelanjaan kerajaan terus bertambah. Akhirnya defisit negara bertambah.

Jadi apa penyelesaian yang kerajaan telah lakukan. Bank Dunia kata, kerajaan Malaysia telah menjual dan mengadai lebih banyak aset negara.

Ya, Berita Semasa akui dan memang betul ada kerajaan jual aset atau kadang-kadang kerajaan akan bangunkan aset. Memang betul, kadang-kadang kerajaan juga kerap mengadaikan pinjaman yang diberikan kepada rakyat. Itu perkara biasa.

Malaysia Jual Aset

Tetapi laporan Bank Dunia kali ini agak mencemaskan apabila perkara ini dibuat secara terdesak dan mendadak apabila perbelanjaan yang dibuat kerajaan terlalu tinggi di mana pendapatan yang diperolehi kerajaan tidak dapat menampungnya.

Bank Dunia juga kata, kalau tidak kerana penjualan aset dan penggadaian ini iaitu sejumlah RM5.6 bilion kerajaan tidak akan mencapai sasaran pengurangan defisit dan akan terus membengkak. Kerajaan setiap kali ada masalah kewangan dia akan jual aset negara atau menggadaikan portfolio pinjaman kepada pelabur. pelabur mana, Berita semasa tidak tahu. Sehingga menjadi amalan….

 

Masalah Kewangan : Kerajaan Jual Aset Negara VS Rakyat Pajak Emas

Jadi…apa bezanya situasi sekarang, rakyat Malaysia yang terdesak dengan masalah kewangan mula menjual atau pajak emas semata-mata mahu mendapatkan secara berulang-ulang bagi mendapatkan tunai dengan apa yang kerajaan lakukan sekarang?
Cuma diperingkat kerajaan, kerajaan tidak jual atau pajak emas, tetapi kerajaan gadai aset-ast yang dia ada:
  1. Kalau tanah, kerajaan jual
  2. Pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan yang mana kerajaan ada aset, dalam keadaan terdesak securitization of mortgages kerajaan ambil pinjaman-pinjaman seeprti ini dijual kepada pelabur.
  3. Maknanya, ada rumah kakitangan awam mereka sekarang ini sebenarnya tidak berhutang dengan kerajaan, tetapi sebenarnya mereka ini berhutang dengan pelabur yang entah dari mana yang telah pun membeli bon yang diterbitkan melalui kaedah pensekuritian pinjaman perumahan.
Bank Dunia tampil kritik secara terbuka buat pertama kalinya apabila melihatkan situasi pengurusan kewangan negara ketika ini.

Nah…itu sebab kita mendengar banyak berita kenaikan secara mendadak sejak akhir-akhir ini. 

Kerajaan naik harga minyak, naik harga gula, naik tarif elektrik, naik tol dan naik lain-lain lagi, memperkenalkan cukai GST, kerajaan gadai dan jual aset negara secara berturut-turut membuktikan kedudukan keadaan negara Malaysia sekarang ini parah.

Tiada ulasan: