Rafizi Ramli, |
Selain
itu, beliau juga menambah bahawa Manifesto Rakyat akan menyebabkan
kerajaan terpaksa berhutang untuk membayar gaji, berbanding pendekatan
hutang Umno/Barisan Nasional yang kononnya hanya berhutang untuk
membiayai perbelanjaan pembangunan.
Ketiga-tiga
dakwaan ini dibuat tanpa membentangkan sebarang data atau perkiraan,
berbeza dengan disiplin Pakatan Rakyat yang senantiasa mempertahankan
rancangan ekonominya menggunakan fakta dan data yang jelas. Datuk Seri
Ahmad Husni Hanadzlah masih lagi berada dalam kepompong politik lama
yang beranggapan rakyat akan menerima bulat-bulat sebarang angka yang
disebut oleh seorang menteri, walaupun ia tidak masuk akal.
Mutakhir
ini, rakyat menuntut mana-mana parti politik yang membentangkan
dasarnya turut menyertakan analisa yang lengkap sebagai bukti. Ini telah
dibuat secara terperinci oleh Pakatan Rakyat – sejurus selepas
Manifesto Rakyat dibentangkan, analisa lengkap kos setiap program dan
bagaimana membiayainya telah dibentangkan kepada rakyat agar ia boleh
dikaji dan dikritik.
Sehingga
kini Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah masih belum mampu menampilkan
satu analisa yang menunjukkan bahawa kira-kira kewangan yang dibuat
Pakatan Rakyat di dalam Manifesto Rakyat tidak tepat. Saya percaya
Umno/Barisan Nasional bukan sahaja tidak mampu menghasilkan analisa
kewangan yang lengkap, mereka juga cuba menyembunyikan kegagalan
pengurusan ekonomi di bawah pentadbiran mereka.
Ketiga-tiga
tuduhan yang dibuat oleh Datuk Seri Husni Hanadzlah – mengenai defisit,
jumlah hutang negara dan pergantungan kepada hutang untuk menampung
operasi kerajaan – sebenarnya berpunca dari kegagalan pengurusan ekonomi
Umno/Barisan Nasional sendiri, seperti yang dihuraikan di dalam
bidasan-bidasan berikut:
DEFISIT NEGARA
§
Masalah defisit negara yang berpanjangan sejak tahun 1998 ini
sebenarnya dimulakan dan diwariskan oleh pengurusan ekonomi Umno/Barisan
Nasional.
§
Walaupun hasil negara bertambah mendadak terutamanya dengan kenaikan
harga minyak mentah sejak tahun 2008, Umno/Barisan Nasional tidak
menggunakan peluang itu untuk memotong defisit. Sebaliknya pertambahan
pendapatan itu dijadikan alasan untuk berboros sehinggakan defisit kekal
tinggi walaupun hasil negara meningkat:
Tahun
|
Hasil Negara (RM Juta)
|
% Kenaikan Tahunan
|
2000
|
61,864
|
5.4%
|
2001
|
79,567
|
28.6%
|
2002
|
83,515
|
5.0%
|
2003
|
92,607
|
10.9%
|
2004
|
99,396
|
7.3%
|
2005
|
106,305
|
7.0%
|
2006
|
123,547
|
16.2%
|
2007
|
139,885
|
13.2%
|
2008
|
159,794
|
14.2%
|
2009
|
158,639
|
-0.7%
|
2010
|
159,653
|
0.6%
|
2011
|
185,419
|
16.1%
|
Jadual 1: Hasil Negara (mengikut data Perbendaharaan)
§
Secara purata, kadar pertumbuhan hasil negara adalah 16% di antara
tahun 2000 hingga 2011 terutamanya kerana hasil minyak mentah yang naik
mendadak. Sekiranya Umno/Barisan Nasional menguruskan kewangan negara
dengan menghalang ketirisan dan rasuah, masalah defisit negara sudah
lama dapat diselesaikan kerana Malaysia mempunyai pertumbuhan hasil
negara yang tinggi pada kadar 16% setahun.
JUMLAH HUTANG NEGARA AKIBAT MANIFESTO RAKYAT
§
Hutang negara melonjak naik kerana perbelanjaan Umno/Barisan Nasional
yang tidak terkawal walaupun hasil negara meningkat. Akibatnya, saban
tahun Umno/Barisan Nasional terus terpaksa menambah hutang, sehinggakan
hutang negara sudah mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada 54.6%
dari KDNK (iaitu hanya 0.4% dari had hutang yang dibenarkan).
§
Perbelanjaan tidak terkawal ini dapat dibuktikan dengan rekod buruk
Umno/Barisan Nasional yang berbelanja melebihi belanjawan yang
diluluskan setiap tahun seperti berikut:
Tahun
|
Belanjawan Diluluskan (RM Bilion)
|
Perbelanjaan Akhir (RM Bilion)
|
Belanja Melampaui Kelulusan (RM Bilion)
|
2008
|
176.9
|
195.0
|
18.1
|
2009
|
206.0
|
207.9
|
1.9
|
2010
|
191.5
|
203.0
|
11.5
|
2011
|
212.0
|
228.0
|
16.0
|
Jumlah
|
47.5
|
Jadual 2: Perbelanjaan melampaui kelulusan belanjawan oleh Umno/Barisan Nasional
§
Jika perbelanjaan melebihi kelulusan belanjawan Umno/Barisan Nasional
bagi tahun 2008 hingga 2011 dijumlahkan, angka RM47.5 bilion
perbelanjaan tanpa perancangan mengatasi jumlah RM45.75 bilion yang
diperlukan oleh Pakatan Rakyat untuk membiayai Manifesto Rakyat.
§
Dicampur pula dengan pembaziran, ketirisan dan rasuah yang berlaku
setiap tahun, sasaran penjimatan untuk mendapatkan jumlah RM45.75 bilion
setiap tahun tanpa perlu menambah hutang sudah tentu dapat dicapai.
§
Pakatan Rakyat hanya perlu menghentikan amalan berbelanja tanpa
kelulusan, menghentikan ketirisan dan memacu ekonomi supaya hasil negara
meningkat untuk mencapai sasaran itu.
PERGANTUNGAN KEPADA HUTANG UNTUK MENAMPUNG KOS OPERASI
§
Kenyataan Datuk Seri Husni Ahmad Hanadzlah bahawa Umno/Barisan Nasional
tidak berhutang untuk membayar kos operasi kerajaan adalah tidak tepat.
Ini hanya dapat dilakukan kerana Umno/Barisan Nasional menggunakan dana
PETRONAS secara tidak terkawal.
§
Tanpa dana PETRONAS, Umno/Barisan Nasional terpaksa berhutang untuk
menampung kos operasi bermula dari tahun 2005 seperti yang ditunjukkan
di dalam jadual berikut:
Tahun
|
Hasil Negara
|
Dividen PETRONAS
|
Hasil Tanpa Dividen PETRONAS
|
Perbelanjaan Mengurus
|
2000
|
61,864
|
4,100
|
57,764
|
56,547
|
2001
|
79,567
|
5,910
|
73,657
|
63,757
|
2002
|
83,515
|
5,390
|
78,125
|
68,699
|
2003
|
92,607
|
5,100
|
87,507
|
75,224
|
2004
|
99,396
|
9,100
|
90,296
|
91,298
|
2005
|
106,305
|
11,000
|
95,305
|
97,744
|
2006
|
123,547
|
18,000
|
105,547
|
107,694
|
2007
|
139,885
|
24,000
|
115,885
|
123,084
|
2008
|
159,794
|
30,000
|
129,794
|
153,499
|
2009
|
158,639
|
30,000
|
128,639
|
157,067
|
2010
|
159,653
|
30,000
|
129,653
|
151,633
|
2011
|
185,419
|
30,000
|
155,419
|
182,594
|
Jadual 3: Perbandingan Hasil & Perbelanjaan Mengurus (Sumber: Perbendaharaan)
Ketiga-tiga
bidasan awal dengan jelas menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi di
bawah Umno/Barisan Nasional mewariskan hutang dan defisit yang tinggi
kepada rakyat. Bukanlah tempat Datuk Seri Husni Ahmad Hanadzlah untuk
menuding jari kepada Pakatan Rakyat, sebaliknya beliau harus menjelaskan
rekod pengurusan ekonomi yang buruk ini kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan