Editor BULETIN
Risalah yang diedarkan warga asing yang mempunyai visa pekerjaan peruncitan dan perdagangan itu, memburuk-buruk pemimpin Pakatan Rakyat khususnya calon PKR yang bertanding di Dun bandar.
Sumber media yang menembual warga asing itu memberitahu, Bangla tersebut mengakui beliau disuruh berbuat demikian oleh seorang warga tionghua yang tinggal di kampung Cina Kuala Terengganu.
Sumber tersebut mendakwa, ketika disoal mengenai pengedaran risalah terbabit, warga asing itu turut mengakui diupah ‘orang BN’ untuk meletakkan risalah di kereta-kereta orang awam di sekitar kawasan bandar Kuala Terengganu dengan mendapat bayaran sebanyak RM100.
Risalah 'adu domba' bersaiz A4 itu menggunakan hampir sepenuhnya bahasa Cina dengan memaparkan dua keratan akhbar iaitu gambar Azan pada keratan akhbar berbahasa Cina dan keratan tajuk berita Utusan Malaysia, ‘Calon PKR jual pil kuda’ yang turut memaparkan gambarPresiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan