Jumaat, 26 April 2013
Calon termuda di P Pinang di kerusi panas
Kerusi itu dianggap paling panas kerana bakal ADUN di Seberang Jaya atau Penanti, yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh, dijangka dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang I.
Sebuah lagi kerusi, Permatang Pasir, ditandingi calon PAS yang juga pesuruhjaya negeri itu, Datuk Salleh Man.
Difahamkan jawatan itu, yang diperuntukkan kepada PKR itu, berkemungkinan besar datang dari Permatang Pauh, kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika berjaya mempertahankan kerusi tersebut, berharap menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya pada 5 Mei nanti.
Tetapi Afif, 28, (kiri) hanya boleh dipertimbangkan untuk jawatan
tersebut jika beliau memenangi kerusi berbilang kaum itu, untuk mengenepikan dua calon lain - Mohammad Nasir Abdullah, 51, dari Umno dan calon Bebas, Samsut Tabrej GM Ismail Maricar, 63.
Calon PKR di Penanti dijangka tidak akan dipertimbangkan untuk jawatan tersebut kerana masalah kesihatan selepas mengalami strok ringan tidak lama dahulu.
KTM 1 sementara yang juga pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman telah dipindahkan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.
Afif yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, enggan mengulas mengenai perkara itu.
Menurutnya, beliau lebih suka memenangi kerusi itu terlebih dahulu kerana beliau berdepan saingan yang sengit, memandangkan dirinya adalah seorang pendatang baru.
Bagaimanapun, beliau dilihat mempunyai peluang yang baik untuk menang kerana sebagai seorang doktor di sebuah hospital kerajaan ia membantu beliau untuk mendekati para pengundi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan