Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPURC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjelaskan,
fitnah yang disebarkan Umno BN melalui blogger upahan dan media
dikuasainya punca budaya tuduh-menuduh dan adu domba menyebabkan negara
rosak.
Tegas Tian, kenyataannya sebelum ini dimanipulasi, tidak dibaca
mengikut konteks manakala fitnah berterusan terhadapnya seolah-olah
mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya.
“Mustahil saya akan menghina komando polis semasa pencerobohan di
Lahad Datu. Saya sendiri sampaikan ucapan takziah kepada keluarga
anggota keselamatan.
“Ini tanggungjawab suci yang harus kita berikan penghormatan,”
katanya dalam ceramah ‘Tian Chua Jawab Lahad Datu’ di Markaz Tarbiyyah
Pas Pusat di Taman Melewar, malam tadi.
Merujuk insiden pencerobohan di Lahad Datu, kata Tian, fitnah merebak
ke seluruh negara akibat ‘media blackout’ oleh kerajaan Umno BN,
menghalang maklumat sehingga rakyat membuat andaian dan spekulasi.
“Orang tak tahu apa yang saya cakap. Bila saya sebut itu? Tiada
bukti. Inilah budaya fitnah jahat yang telah meresap ke semua lapisan
masyarakat, sehingga negara kita rosak,” katanya.
Katanya, akibat fitnah berterusan yang turut disambung Menteri Dalam
Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein tanpa usul periksa, Tian menerima
lebih seribu SMS ugutan kerana nombor telefonnya dipaparkan do blog
upahan Umno BN.
“Tapi, saya sedikit pun tidak berdendam atau kesal dengan mereka.
Atas rasa patriotisme mereka keluarkan kata-kata kesat. Ini kerana
mereka ditipu oleh blogger Umno.
“Itu sebabnya saya ambil tindakan undang-undang ke atas Papgomo dan
blogger lain yang memfitnah,” kata Tian disambut tepukan gemuruh
hadirin. (SDQ)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan