Naib
presiden PKR Tian Chua akan dihadapkan ke mahkamah esok berhubung
komen yang didakwa dibuatnya berkaitan dakwaan penglibatan Umno dalam
krisis Lahad Datu.
Menurut peguamnya, N Surendran, ahli Parlime Batu itu dijangka didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok.
Terdahulu, Bernama telah melaporkan bahawa polis Johor telah merakam kenyataan Tian Chua berhubung perkara itu di ibu pejabat polis Petaling Jaya pagi ini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (kiri) berkata, Tian Chua, yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, datang bersama tiga peguamnya untuk merakam percakapan tersebut pagi ini.
Mohd Mokhtar dilaporkan berkata 318 laporan polis, termasuk 82 di Johor, dibuat terhadap Tian Chua yang didakwa membuat kenyataan yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno.
Laporan dalam Keadilan Daily itu antara lainnya menyebut, kejadian di Lahad Datu "dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat".
Bagaimanapun, Tian Chua kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada 'blackout 'media sebelum ini berhubung kejadian tersebut, kerana tidak ada pengesahan mengenai sebarang serangan atau mangsa.
1. Polis rekod kenyataan Tian Chua sekali lagi
2. Tian Chua mulakan saman pada blog pro-Umno
3. Polis rekod keterangan Tian Chua
4. Isu kenyataan Tian Chua: Polis siasat wartawan
5. Tian: Saya hanya bertanggungjawab dengan petikan langsung
6. Tian Chua nafi sebut komando polis 'mati katak'

Tiada ulasan:
Catat Ulasan