Ahad, 17 Mac 2013

Status Kit Siang: Pengumuman DAP esok

Wartawan Sinar Harian

Dr Boo Cheng Hau
Dr Boo Cheng Hau
 
SHAH ALAM –  Khabar angin yang mengatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di Johor bakal terjawab apabila parti itu akan membuat pengumuman penting di sambutan ulang tahun DAP ke-47 esok.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada Kit Siang berhubung tawaran itu.

“Memang banyak khabar angin, tetapi saya tidak boleh sahkan di mana beliau (Kit Siang) akan bertanding.  Tunggu sahaja pengumuman penting darinya.

“Kita sememangnya optimis dan Johor adalah negeri pilihan utama DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini,” katanya semalam.

Menurut Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong, akan ada pengumuman penting di program yang akan diadakan di Sutera Mall, Skudai, Johor.

Tiada ulasan: