MELAKA— Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin proses
pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Sabah akan berjalan lancar dan tidak
tergugat dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan
Filipina di negeri itu.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar)
berkata berkata pengundi di Sabah tidak perlu bimbang kerana pihak SPR
akan dibantu anggota keselamatan untuk menjaga dan memantau keselamatan
pengundi di Sabah sepanjang PRU-13 akan datang.
“Hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam negara perlu diutamakan dan kita juga tidak mahu mana-mana pihak membuat spekulasi keadaan di sana (Sabah),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat ulangan bagi Pengurus dan Penolong Pengurus Pilihan Raya Bagi Negeri Melaka dan Negeri Sembilan sempena PRU-13, di sini hari ini.
Insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah yang dilapor sejak 12 Feb, mengorbankan lapan anggota keselamatan negara — dua di Lahad Datu dan enam di Semporna.
Seramai 13.29 juta pemilih berdaftar sehingga 31 Dis lepas diwartakan SPR pada Februari lepas, dengan lebih dua juta daripadanya adalah pengundi baharu. — Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan