Sabtu, 16 Mac 2013

SPR tetap tarikh PRU dalam 7 hari selepas bubar

G Manimaran

PRU13
PRU13
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa seminggu selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"SPR akan adakan mesyuarat dalam masa seminggu selepas pembubaran (Parlimen dan Dun)," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pada Majlis Taklimat Pemerhati Tempatan PRU13 di sini pagi ini.

Mesyuarat itu juga akan menetapkan tarikh writ dan notis pilihan raya dikeluarkan.
Spekulasi menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ada yang meramalkan Parlimen dan Dun akan dibubarkan minggu depan.

Mandat Dun dan Parlimen akan berakhir secara automatik secara berperingkat-peringkat mulai akhir bulan ini dan awal Mei jika tidak dibubarkan lebih awal.

Mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya), SPR hendaklah menyiarkan suatu notis mengenainya dalam warta dan notis itu hendaklah menyatakan tarikh atau tarikh-tarikh yang calon untuk pilihan raya hendaklah dinamakan, yang dalam peraturan-peraturan ini disebut "hari penamaan", yang tidak kurang daripada empat hari selepas tarikh disiarkan notis itu, dan tarikh atau tarikh-tarikh yang pengundian akan dijalankan sekiranya pilihan raua itu dipertandingkan.

Di bawah undang-undang pilihan raya, SPR diperuntukkan 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.


Tempoh minimum berkempen kali ini 11 hari berbanding sebelum ini tidak kurang tujuh hari.

"Berapa lama tempoh kempen, SPR akan tetapkan kemudian... tunggu, nanti SPR akan tetapkan.

"Berapa lama tempoh, SPR akan ambil kira pelbagai faktor, termasuk yang utama kertas undi luar negara, berapa lama diperlukan untuk dihantar balik," kata Wan Ahmad.

Tiada ulasan: