MALAYSIA KINI
Sasterawan
Negara Datuk Shahnon Ahmad "kurang bersetuju" dengan pemberian anugerah
yang sama kepada penulis terkenal Datuk Baharuddin Zainal atau nama
penanya Baha Zain.
Perkara itu dimaklumkan penulis yang rapat dengannya Dr Faisal Tehrani, setelah dihubungi Shahnon yang mesra dengan panggilan "Cikgu Shahnon" semalam.
Menurut Dr Faisal, Shahnon berpendapat, karya Baha Zain "berselerak" dan "tidak fokus"; malah puisinya kontot, sangat bersahaja dan kurang menyerlah mesej dan gagasannya.
"Cikgu Shahnon menyatakan antologi puisi Baha Zain yang dibacanya membuatkan beliau berasa karyanya 'tidak bermakna dan tidak seberapa'," kata Dr Faisal melalui e-mel kepada Malaysiakini semalam.
Menurut Dr Faisal lagi, Shahnon melihat Baha Zain (kanan), yang diumumkan penganugerahan itu oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu, tidak berupaya dalam kritikan sastera.
Menurut Dr Faisal juga, Shahnon -- yang menerima anugerah sama pada 31 tahun lalu -- juga mengambil kira penglibatan Baha Zain dalam gerakan sastera dan "kejujurannya" dalam isu semasa.
"Era beliau memimpin Persatuan Penulis Nasional (PENA) misalnya memperlihatkan keperlahanan suara golongan sasterawan berdepan dengan isu semasa yang memerlukan suara tegas golongan seniman ini," katanya.
Menurut Muhyiddin, Baha Zain dipilih sebagai sasterawan negara ke-12 berdasarkan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan serta pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi yang diceburinya.
Anugerah kerajaan persekutuan itu melayakkan Baha Zain menerima wang tunai RM60,000, Watikah Penghormatan Negara dan tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskah karya untuk diedarkan ke sekolah, jabatan dan agensi kerajaan.
Anak kelahiran Hutan Melintang, Perak, berusia 73 tahun itu, berkarya sejak di sekolah menengah dan mula dikenali menerusi karyanya yang berjudul "Perempuan dan Bayang-Bayang" yang dihasilkan pada 1974.
Beliau turut dianugerahi 2011, Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada tahun 1980.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan