MALAYSIA KINI
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perkhidmatan
Internet percuma bagi setengah jam pertama kepada warga miskin di bandar
dan luar bandar.
Katanya, butiran lengkap mengenai perkara itu akan disediakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Berucap di majlis ramah mesra warga Telekom Malaysia (TM) bersama Perdana Menteri di ibunegara, Najib turut mengumumkan hadiah sagu hati RM500 kepada warga syarikat itu.
Katanya, bayaran sekali sahaja itu akan dibuat pihak pengurusan TM kepada petugas tetap, kontrak dan kakitangan yang dipinjam sebelum cuti persekolahan 25 Mac ini.
"Sumbangan ini jelas menunjukkan kemakmuran negara kita dikongsi bersama. Negara ditadbir baik, negara makmur, kita kongsi.
"TM diurus baik, TM berjaya, kita kongsi kejayaan dengan warga TM," katanya.
Perdana menteri turut memuji kejayaan TM melaksanakan penyambungan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada 1.377 juta premis berbanding sasaran 1.34 juta premis menjelang hujung tahun lepas.
Katanya hubungan kerajaan dan Telekom Malaysia yang menjalankan kerjasama awam-swasta (PPP) dalam memberikan perkhidmatan jalur lebar kepada rakyat telah membawa hasil yang positif.
Najib berkata semasa mencadangkan perkara itu kepada Kabinet beberapa tahun lepas, beliau melihat perkembangan per kapita negara dapat dipacu lebih hebat dengan wujudnya perkhidmatan jalur lebar.
"Kajian di peringkat antarabangsa menunjukkan peningkatan 10 peratus HSBB membawa kepada satu peratus peningkatan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar).
"Bila saya cadangkan kepada Kabinet pada masa itu, saya yakin dengan kewibawaan dan profesionalisme TM. Dan jelas apa yang saya fikirkan mengenai Telekom itu kena pada tempatnya," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 800 petugas TM yang hadir pada majlis yang turut diikuti secara langsung dari seluruh negara menerusi sidang video.
Sambil berseloroh, Najib berkata: "Hari ini kita boleh sambut selepas hampir tiga tahun pelancaran HSBB sebab tak lama lagi kita mungkin akan sambut 'raya' satu lagi. Berkat sokongan, doa dan restu anda semua, mudah-mudahan lawatan saya yang akan datang insya-Allah atas jawatan yang sama."
Di majlis itu, TM turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM100,000 masing-masing untuk Tabung Amanah Perwira Negara dan Tabung Kebajikan PDRM atas keberanian anggota tentera dan polis yang terlibat mempertahan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah.
Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Pengerusi TM Datuk Seri Dr Halim Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif TM Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa serta Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi. Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan