Rabu, 6 Mac 2013

PKR dakwa BN dalang burukkan Anwar di media antrabangsa

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

 Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad 
 
PETALING JAYA - PKR mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai dalang memburukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media antarabangsa.

Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab mengenai bayaran yang dibuat terhadap konsultan perhubungan awam Amerika untuk menyerang Anwar.

"Minggu lepas, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan Amerika Syarikat Geaorge W. Bush itu memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide dalam kempen mempromosikan pentadbiran Najib dan menyerang Anwar.

"Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah Umno-BN atau kepentingan berkaitan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Menurut Nik Nazmi, Najib pernah mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010.

Katanya, FBC turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib.

"Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dam CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan.

"Ironisnya, ketika Umno-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel  dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara,"  katanya.

Nik Nazmi berkata, Najib perlu segera menjawab mengenai isu ini kerana terutamanya mengenai jumlah wang yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam di luar negara.

Tiada ulasan: