Jumaat, 15 Mac 2013

PI Bala meninggal dunia akibat serangan jantung

TERKINI
Oleh Ida Lim

Balasubramaniam pulang ke tanah air baru-baru ini. — Gambar ReutersKUALA LUMPUR — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan berikrar untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider pada pukul 2.50 petang hari ini.

“Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu,” kata Americk kepada The Malaysian Insider.

Americk mengatakan isteri Balasubramaniam menghubungi ambulan apabila bekas penyiasat persendirian itu mengalami serangan jantung dirumahnya.

Peguam mengatakan sudah terlambat apabila ambulan sampai sambil menambah: “Beliau meninggal dunia ketika masih di rumah”.

“Mayatnya dibawa ke hospital Sungai Buloh,” katanya.

Americk mengesahkan Balasubramaniam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi “pulang ke rumah untuk berehat”.

Beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik.

“Ia adalah sangat tidak dijangka. Saya dalam kesedihan ... saya fikir dia mungkin salah seorang daripada rakyat Malaysia yang terbaik kita pernah miliki,” kata Americk, yang tidak berada di rumah anak guamnya apabila serangan jantung berlaku.

“Saya dengar tentang itu. Saya mengucapkan takziah,” kata Deepak Jaikishan dalam reaksi segeranya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Tiada ulasan: