Pulau
Pinang tidak perlukan satu lagi jambatan atau terowong untuk tempoh 20
tahun akan datang kerana infrastruktur yang ada hari ini sudah memadai,
kata seorang pensyarah.
Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah UiTM Prof Madya Ahmad Fuzi Arshad berkata cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mewujudkan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau itu ke tanah besar dilihat tidak relevan berdasarkan keperluan semasa.
Beliau berkata apa jua perancangan ia perlu dibuat berdasarkan kepada keperluan dan penilaian isi padu lalu lintas oleh pakar pengangkutan.
"Saya tidak nampak keperluan untuk membina terowong ini dalam masa 20 tahun ini sebab Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada dan projek jambatan Pulau Pinang kedua sudah mencukupi buat masa sekarang. Lainlah kalau satu daripada jambatan ini runtuh," katanya kepada Bernama.
Lim baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Gurner Drive di pulau dengan Bagan Ajam sebelah tanah besar bertujuan mengurangkan kesesakan serta berpeluang menambah pendapatan negeri itu.
Ahmad Fuzi berkata kalau hendak ikutkan laluan Singapura dan Johor lebih tinggi isi padu lalu lintasnya berbanding di Pulau Pinang, dan pada pandangannya setiap pakar pengangkutan boleh menjangkakan pertambahan kenderaan di atas jalan raya dan akan membuat perkiraan serta menentukan masa yang sesuai untuk dibina sesuatu terowong atau jambatan.
Projek yang dijangka menelan belanja RM8 bilion itu merupakan janji yang sukar ditepati dan kos buat terowong ini lebih mahal daripada jambatan, dan sudah semestinya memerlukan campur tangan kerajaan pusat dari segi peruntukan serta akan melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam, katanya.
Ahmad Fuzi berkata kos juga boleh meningkat mengikut harga pasaran mentah semasa dan kalau tidak cukup bajet, mungkin pihak swasta akan ambil alih dan jika keadaan ini berlaku, rakyat yang terpaksa membayar dan ini akan menimbulkan isu lain pada masa hadapan.
Pengarah Urusan AJM Planning and Urban Design Group Norliza Hashim turut bersetuju dengan pandangan Ahmad Fuzi bahawa projek itu tidak relevan pada masa ini, dan tidak menjadi satu keperluan memandangkan jambatan kedua dijangka siap September ini.
"Banyak lagi alternatif yang lebih efisien dan tidak menelan belanja yang tinggi misalnya meningkatkan kapasiti jambatan Pulau Pinang seperti mengadakan laluan kereta api atau LRT (Transit Aliran Ringan) pada satu daripada lorong jambatan itu," katanya.
Norliza juga mencadangkan kerajaan atau pihak swasta memajukan sistem pengangkutan air di Pulau Pinang seperti mewujudkan teksi air yang sangat popular seperti di New York (Amerika Syarikat), Cardiff (United Kingdom) dan Melbourne (Australia)-Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan